Ahad, 17 Mac 2013

Sejarah Gerik

Sejarah Gerik Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula
membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak
Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka
pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan
kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun
Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi
ketua masyarakat di Belum. Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di
utara. Raja Reman menceroboh masuk ke
Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh
(Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19,
sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki
oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah
dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah
Gerik menjadi jajahannya. Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah
membuat perjanjian dengan kerajaan
Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu untuk bernaung
bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian
tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-
negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.
Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan
Siam hendaklah juga menyerahkan balik
daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja
Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah
berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909. ↑Undur Satu Bahagian Asal-usul nama Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat
sekarang yang bernama Gerik itu masih
diliputi hutan belantara dan masih terletak
bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam
tahun 1870, beberapa orang telah datang
dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi
dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh
seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad). Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman
yang bernama Tuan Jagong datang berburu
gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan
Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita
bahawa tidak jauh dari situ ada kampung
orang terletak di tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung
tersebut, baginda mendengar suatu bunyi
yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh.
Baginda memerintahkan supaya dipagar
keliling perdu buluh itu dengan sasak dan
menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang
mengeluarkan bunyi yang ganjil itu. Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu
buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh
ekor dekan sedang menggerit umbi buluh.
Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras,
maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit
apabila digerit oleh dekan-dekan itu. Raja Reman telah menamakan tempat itu
Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah
digunakan beberapa lama dan kemudiannya
sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit'
menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik'
seperti yang digunakan sekarang. dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus;
masih boleh ditemui di hutan Belum. ↑Undur Satu Bahagian Gerik Kini Sekarang Gerik telah membangun dengan
pesat dan banyak kemudahan, bangunan-
bangunan kedai, pusat membeli belah, serta
kawasan-kawasan perumahan baru telah
wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh
raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan