Ahad, 31 Mac 2013

berbohong

Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik.
Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap manusia pasti
pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Dan
ada juga manusia yang seringkali berbohong.
Golongan ini dikenali sebagai Si Pembohong! Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan
pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang
boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu
menutup kebenaran dari anda. 1. Tidak mampu bertentang mata Hal yang paling biasa apabila seseorang
berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.
Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang
berbohong tidak mampu bertentang atau menatap
mata dengan anda. Si dia juga semakin sering
mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi
dalam keadaan malu, tegang dan berbohong,
kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si
dia lebih banyak mengerdipkan mata. 2. Perubahan suara Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada
bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah
dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga
suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang
lama. 3. Menggaru-garukan bahagian tertentu Cara paling mudah mengesan pembohongan
adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan
pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.
Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu
menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak
kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya. 4. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil
pada hidungnya akan dipenuhi darah
menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si
dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh
hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. 5. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut
mungkin berdusta. 6. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin
tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang
mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa
petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara
lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya,
kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami
anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka
anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya
itu. 7. Gerakan Kaki Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka
mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong
sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka. 8. Guna kata-kata sukar Kajian menunjukkan orang yang berbohong
menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-
kata mereka. Para pembohong biasanya
menggunakan kata-kata yang sukar difahami.
Mereka jarang menggunakan kata ganti orang
pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh
penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain
mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku),
mereka juga menggunakan kata-kata yang
memberi kesan negatif. 9. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang
yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja
menjadi resah dan tidak senang duduk apabila
berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 10. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas
mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan
satu tindak balas automatik yang lahir dari segi
psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk
tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan
kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 11. Muka kelihatan bingung. Si pembohong akan memikirkan tentang
kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan
mengganggu perhatiannya dalam percakapan
tersebut. 12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan Seseorang yang senang berbohong, kerap kali
sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam
fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang
akan dibohongi agar semuanya berjalan
sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda
melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya
akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan
seperti ini. 13. Cerita Panjang Lebar Orang yang selalu berbohong biasanya cukup
pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala
langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin
bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang
yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada
dasarnya mudah sekali untuk disampaikan. 14. Enggan Duduk Berdekatan Keengganan seseorang duduk berdekatan
dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya
sedang berbohong. Akibat rasa bersalah,
pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan
orang dibohongi. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu
sentiasa memerhatikan air muka dan gerak
badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh
menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau
tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut
berbohong. Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya
100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-
dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang
terbaik sama ada mahu percaya atau tidak. Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel
suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan
jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa
yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh
jadi palsu.

Ahad, 17 Mac 2013

Qada dan Qadar

Qada Dan Qadar Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman
yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang
Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada
dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan
perbincangannya agak panjang dan adakalanya
begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru
menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah
secara mendalam. Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan
penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama
mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali
untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya
berharap dengan tulisan ringkas ini akan
memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini.
InsyaAllah. ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar
bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua
bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq. Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang
pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu
apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman
Allah Taala bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59). Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak
semestinya berlaku bahkan bergantung kepada
sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung
kepada menghubungkan silaturrahim dan amal
kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud: Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa.
Dan tiada yang boleh memanjangkan umur
melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi). SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH
TAALA Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam
pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala
bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59). Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah
Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung
dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang
lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa
berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak
mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti. ANTARA BENTUK KETAATAN Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa
kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang
hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan
berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)
Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi). SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari
hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah
Taala maka dengan sebab itulah perlunya
seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan
berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah
tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya
berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang
menentukannya. Disebabkan manusia tidak
mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia
perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala
bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11). KONSEP QADA DAN QADAR Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam
Islam adalah: - Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala
yang berlaku di dunia ini. - Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki
kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini. - Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu
kepada bantuan Allah Taala. - Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari
pengetahuan hamba adalah supaya seseorang
hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya. PERINGATAN Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat
mengingatkan kepada kita tentang bahayanya
mempersoalkan dan memanjang-manjangkan
perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa
sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok
guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar
terutamanya kepada masyarakat awam. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila disebut tentang qadar maka diamlah… (Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim). PENUTUP Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita
diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan
qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala
semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa
akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa
yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu
aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih
mendalam dan terperinci.

Perutusan Nor Sharim Bin Mohamed Noor KP ZON KERUNAI

Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t, selawat dan
salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhammad s.aw., para Sahabat r.a. serta kaum muslimin yang
mengikuti jalan yang benar hingga Akhirat. Terlebih dahulu Saya bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana izinnya saya
dapat memberi perutusan penghargaan di dalam
admin www.kerunaikini.com. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ketua Pemuda Tersusun
Jong, Ketua Pemuda Kg. Jong,
Ketua Pemuda Padang Stang, Ketua Pemuda Kg
Pahat, Ketua Pemuda Bendang Baru, Ketua Pemuda Tg Kekabu dan Ketua Pemuda
Kg Kerunai kerana membantu
saya sepanjang memimpin Pemuda Zon Kerunai
bagi sesi 2008 hingga 2013. Untuk makluman semua, Pemuda Zon Kerunai
terdiri daripada tujuh ( 7 )
Cawangan iaitu Pemuda Cawangan Tersusun Jong,
Pemuda Cawangan Kg. Jong,
Pemuda Cawangan Padang Stang, Pemuda
Cawangan Kg Pahat, Pemuda Cawangan Bendang Baru, Pemuda Cawangan Tg Kekabu dan
Pemuda Cawangan Kg Kerunai. Bagi menyahut cabaran Era baru dalam media baru
(media massa) ini, semua
warga Pemuda Zon Kerunai perlu mencetuskan
paradigma baru untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian
maklumat atau info yang sahih kepada masyarakat Zon Kerunai. Keberkesanan
menyampai maklumat ia tidak
mengenepikan intergeriti dan tidak mementingkan
kepentingan peribadi. Di
samping itu warga pemuda zon kerunai dituntut
untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih
berdaya saing, bijaksana
dan sentiasa mencari idea baru dengan
menggunakan pendekatan strategi
memperkasakan pemuda. Pemuda Zon Kerunai juga perlu membawa agenda
besar yang disarankan oleh YAB
Perdana Menteri untuk merealisasi kepada slogan
“rakyat di dahulukan,
pencapaian di utamakan”. Semua warga Pemuda
Zon Kerunai di minta memberi sumbangan masing-masing kepada masyarakat
atau rakyat di Zon Kerunai.
Semangat kesukarelaan perlu ditanam di setiap
sanubari Pemuda, bagi
memastikan program dan aktiviti dapat dijalankan
sebaik mungkin tanpa paksaan. Saya menyeru semua warga Pemuda Zon Kerunai
supaya mengerakkan Jentera
Kerja Pilihanraya Ke 13, bekerja berusaha
bersungguh-sungguh mencapai
prestasi cemerlang dalam memenangi PRU ke 13
ini. Pemuda Zon Kerunai juga perlu mencerminkan perwatakan sebenar dan
bermuhasabah diri untuk
menyumbang dari sekadar menjadi penumpang
dalam arah hala tuju
memperkasakan pemuda dan lain agenda yang
dangkal. Dalam kelompok komuniti yang tidak ramai, semua orang saling kenal dan
dapat melihat sumbangan dan
peranan setiap individu. Saya ingin memberi perhargaan terima kasih
kepada warga Pemuda-Pemuda Zon
Kerunai yang sentiasa bekerja keras dan terus
menyumbang bakti kepada
aktiviti dan program yang dilaksanakan bagi
mendapat pencapaian terbaik. Dengan keterlibatan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
dalam aktiviti / program juga
dapat mencungkil bakat baru kepimpinan
diperingkat Zon Kerunai dan dapat
diketengahkan peringkat seterusnya. Akhir sekali saya sekali jutaan terima kasih kepada
ahli keluarga kerana
sentiasa sokongan moral, mental dan kasih saying
selama ini bagi menerus
perjuangan memperkasakan Pemuda Zon Kerunai. Semoga sumbangan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
diberi ganjaran sewajarnya oleh
Allah s.w.t. sebagai amal yang soleh. Salam Takzim, NOR SHARIM BIN MOHAMED NOOR KP Zon Kerunai

Khalifah Khulafa'Al Rasyidin

KHALIFAH KHULAFA’ AL-
RASYIDIN PENDAHULUAN Setelah kewafatan Rasulullah SAW pada tahun
kesebelas hijrah,tidak ada
rasul lain yang menggantikan baginda kerana
Rasulullah SAW adalah rasul
yang terakhir. Pentadbiran Islam selepas kewafatan Rasulullah
SAW telah diteruskan oleh
khalifah Khulafa al-Rashidin kerana kedudukan
dan taraf khalifah dari segi
kuasa pemerintahan adalah seperti taraf
pemerintahan RasulullahSAW. Terdapat empat orang Khulafa al-Rashidin yang
memerintah negara Islam dan
semuanya berpusat di kota Madinah.Khalifah
tersebut ialah: Khalifah pertama-Saidina Abu Bakar al-Siddik Khalifah kedua-Saidina Umar al-Khatab Khalifah ketiga-Saidina Osman bin Affan Khalifah keempat-Saidina Ali bin Abi Talib. Mereka memerintah kerajaan Islam dianggarkan
selama 29 tahun bermula
daripada 632 masihi sehingga 661 masihi. SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ Nama Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah tidak
asing lagi bagi ummat islam
baik dahulu mahupun sekarang.Beliau merupakan
Khalifah al-Rasyidin yang
pertama.Dialah manusia yang dianggap paling
teragung dalam sejarah Islam selepas Rasulullah s.a.w. Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin
Qahafah.Sebelum islam beliau adalah
seorang saudagar kaya dan dihormati oleh
masyarakat Quraisy.Islamnya
Saidina Abu Bakar telah membawa pengaruh besar
dikalangan kaum bangsawan Quraisy,maka beberapa pemuda seperti Saidina
Uthman bin Affan,Abdul Rahman
bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas telah menuruti
jejak langkahnya. Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan
imannya,cerdas akal,tinggi akhlak,lemah lembut
dan penyantun. Gelaran al-Siddiq yang diberikan orang terhadap
dirinya adalah lantaran
memandang sikap serta pendiriannya yang teguh
dalam membenarkan serta
membela Rasulullah s.a.w.Beliau juga antara orang
yang mengakui kebenaran Israk dan Mikraj. Tidak beberapa lama setelah memeluk
Islam,Saidina Abu Bakar yang terkenal
sebagai saudagar yang kaya telah menyerahkan
segenap kekayaan dan jiwa
raganya untuk menegakan Islam bersama Nabi
Muhammad s.a.w..Beliau juga telah menebus orang-orang yang ditawan,yang
ditangkap atau diseksa.Beliau
juga membeli hamba-hamba dan kemudian
dimerdekakannya.Salah seorang hamba
yang dibebaskan yang terkenal dalam sejarah ialah
Bilal bin Rabah. Selepas Nabi Muhammad selesai melalui peristiwa
Israk dan Mikraj segolongan
orang kurang mempercayai apa yang telah
dikhabarkan Rasulullah s.a.w telah
menemui Saidina Abu Bakar untuk mendengar apa
pendapatnya tentang dakwaan Nabi Muhammad s.a.w. Tenyata Saidina Abu Bakar
mempercayai semua yang
dilalui Rasulullah s.a.w. Kebijaksanaan Saidina Abu Bakar juga ternyata
dalam polisinya menyamakan
pemberian elaun kepada orang-orang yang
berhak.Sedangkan Baginda sendiri
hanya mengambil sekadar keperluan asasi buat
diri dan keluarganya. Baginda meninggal dunia ketika umurnya
menginjak ke 63 tahun.Baginda
dikebumikan disamping makam Rasulullah s.a.w
di masjid Madinah.Semoga
riwayat serta perjuangannya menjadi contoh
kepada sekalian kaum muslimin. SAIDINA UMAR AL-KHATTAB PENGENALAN Saidina Umar al-Khattab bin Nafil al- Adwi al-
Quraisyi dari kalangan orang
yang berketurunan mulia. mempunyai tubuh
badan yang tinggi dan tegap.Beliau
juga seorang yang pandai,bijaksana dan
berdisiplin1 <#0.1_footnote1>. SAIDINA UMAR DILANTIK MENJADI KHALIFAH Beliau dilantik sebagai khalifah kedua
menggantikan Khalifah Abu Bakar.Umar
memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun keenam
perutusan Baginda S a
w.Dimana kaum muslimin pada waktu itu baru
mencecah sekitar 39 orang lelaki dan 23 orang wanita.Umat Islam masih lemah
sebelum Umar memeluk
Islam.Urusan dakwah pada waktu itu berpusat di
rumah al-Arqam ibn Abu
al-Arqam al-Makhzumi.Ekoran dari
keislamannya,Umar membawa nafas baru kepada kaum muslimin,menguatkan Islam sekali
gus member tamparan hebat
kepada kaum kafir Quraisy.Pengislaman Umar juga
atas keberkatan doa Baginda
s.a.w agar menguatkan Islam dengan salah satu
daripada dua Umar;Iaitu:Sama ada Umar al-Khattab atau Amru ibn Hisyam(Abu
Jahal). Setelah memeluk Islam,Umar mengajak kaum
muslimin keluar ke Kaabah untuk
menzahirkan Islam dalam dua kumpulan.Satu
kumpulan diketuai oleh beliau dan
satu kumpulan lagi diketuai oleh Hamzah.Justeru
itu Umar digelar ;al-Faruq( ),iaitu pemisah antara kebenaran
dan kebatilan.Untuk
itulah juga ibn Mas ud berkata:Islamnya Umar
sebagai kunci
pembuka,hijrahnya sebagai penolong dan
kekuasaanya sebagai suatu rahmat serta kaum muslimin mampu menunaikan
sembahyang di rumah. Ali ibn Abu Talib pula menyatakan semua kaum
muslimin lain berhijrah ke
Madinah secara sembunyi,namun Umar mengambil
langkah berhijrah secara
terang-terangan.Bahkan Umar sanggup mencabar
kaum kafir Quraisy dengan katanya yang bermaksud: Sesiapa yang ingin
meninggalkan janda serta
anak-anak yatim juga berani menahannya
berhijrah,silalah tunggu di lorong
sekian-sekian,kerana daku akan menggunakan
lorong tersebut. Umar memiliki keperibadian yang berbagai-
bagai,penguasaan bermacam-macam
bidang ilmu serta kemampuan secara
menyeluruh.Beliau telah memberi saham
yang besar dalam perjuangan serta dakwah
Islam.Umar mati sebagai salah seorang syuhada akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’h
pada tahun 23 Hijrah dan
sempat memerintah selama 10 tahun 6 bulan.Umar
telah meninggalkan sejumlah
besar daripada fatwa dan ijtihad,antaranya
ialah:Mengenai pembahagian harta pusaka berkenaan dengan al-Musyarrakah atau al-
Musytarikah
.Tidak kurang juga terdapat banyak ayat dan
perudangan yang diturunkan
oleh Allah menepati saranan dan pendapat
Umar,antaranya ialah: a. Umar menyarankan agar menjadikan Makam
Ibrahim sebagai tempat sembahyang
atau musalla . b. Umar mencadangkan agar diadakan hijab atau
tabir untuk berurusan dengan
para isteri Nabi. c. Umar mendapat tahu kalangan isteri baginda
menyakiti hati nabi.Umar
menemui para isteri Baginda s.a.w dan memberi
ingatan:Kiranya Baginda
menceraikan kamu,boleh jadi Allah akan
menggantikan yang lebih baik dari kamu sekalian. d. Sejumlah besar kafir Musyrikin menjadi tawanan
perang semasa peperangan
Badar.Baginda meminta pandangan para
sahabat.Abu Bakar mencadangkan diambil
tebusan dan Umar mencadangkan supaya di
bunuh..Baginda s.a.w bersetuju cadangan Abu Bakar, lalu turun ayat selepas itu
menyokong pendapat Umar,
dari Suruh al-Anfal (Ayat 67). e. Umar sering berdoa agar Allah turunkan
penjelasan mengenai hukum meminum
arak, untuk itu Allah pun menurunkan ayat
pengharaman arak. SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN Uthman bin Affan lahir di Mekah pada tahun 47
sebelum hijrah,enam tahun
selepas Rasulullah s.a.w di putrakan.Beliau
dilahirkan dalam keluarga yang
mewah dan kaya.Beliau mewarisi kekayaan
keluarganya.Saidina Uthman bin Affan dari keturunan Bani Umaiyah iaitu satu
daripada kabilah Quraisy dan
sangat di hormati serta disegani masyarakat arab
Mekah. Uthman bin Affan merupakan seorang hartawan
dengan kedudukannya sebagai
sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya.Beliau
di golongkan sebagai
orang kenamaan Quraisy yang meniti kemewahan
dan elit yang dihormati,seorang yang kacak,lemah lembut dan
janggutnya perang.Nama
lengkap beliau ialah Uthman bin Affan bin Abi al-‘as
bin Umaiah bin Abdul
Sham. Walaupun Uthman bin Affan meniti cara hidup yang
mewah,namun beliau
menghiaskan dirinya dengan akhlak yang
terpuji.Selalu menghulurkan bantuan
kepada golongan miskin dan naif.Beliau mendapat
gelaran ,Dzul Nurain (memiliki dua cahaya),kerana menikahi dua orang
puteri Rasulullah
s.a.w.Isteri beliau yang pertama ialah Ruqaiyah
telah meninggal dunia
sewaktu perang Badar.Kemudian beliau menikahi
pula Ummu Kalthum juga puteri Rasulullah s.a.w. Pengislaman Saidina Uthman bin Affan Saidina Uthman bin Affan memeluk Islam atas
dakwah Abu Bakar
as-Siddiq.Setelah memeluk Islam dengan penuh
kerelaan dia menyerahkan
sebahagian besar hartanya bagi kepentingan
perjuangan Islam.Sebagai contoh,pada saat terjadi peperangan Tabuk
melawan kerajaan
Byzantium.Rasulullah s.a.w sebagai ketua
pemerintah merasa kekurangan dana
dan makanan untuk mempertahankan diri
daripada serangan pehak musuh.Lan tas baginda mengemukakan masalah ini kepada para
sahabat-sahabatnya.Abu Bakar
telah menyumbangkan 4000 ninar iaitu seluruh
harta kekayaannya.Umar
setengah daripada hartanya.,sementara Uthman
pula menanggung sepertiga pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan
10.000 tentera,100 ekor
unta,50 ekor kuda dan 1000 dinar wang emas. Perlantikan Sebagai Khalifah ke Tiga Perlantikan saidina Uthman sebagai khalifah
melalui majlis
syura(perbincangan)diantara enam sahabat yang
telah ditetapkan oleh saidina
Umar al-khatab sebelum beliau wafat.Mereka ialah
saidina Uthman sendiri,saidina Ali bin Abi Talib,Sa’ad bin Abi
Waqas,Zubir bin
al-‘Awam,Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin
Ubaidillah. Semua sahabat telah bersetuju untuk melantik
saidina Uthman bin Affan
menjadi Khalifah ketiga selepas saidina Umar al-
khatab.Semua sahabat
berikrar taat setia melalui Bai’atul Kubra di Masjidil
Nabawi. Beliau menjadi khalifah pada 644 masihi bersamaan 23
hijrah.Beliau memerintah
negara selama 12 tahun. Kewafatan Saidina Uthman Bin Affan Pada tahun terakhir pemerintahan saidina Uthman
bin Affan,telah banyak
berlaku fitnah maka timbul rasa tidak puas hati
rakyat kepada pemerintahan
beliau.Pada bulan zulhijjah tahun 35 hijrah,rumah
saidina Uthman bin Affan dikepung oleh pemberontak selama dua
hari.Saidina Uthman bin Affan wafat
pada 18 zulhijjah tahun 35 hijrah.Beliau dibunuh
oleh pemberontak
dirumahnya sendiri ketika beliau sedang membaca
al-Quran.Kitab al-Quran yang dipegangnya telah dibasahi dengan
darahnya sendiri ketika beliau wafat. ALI BIN ABU TALIB Beliau ialah Ali ibn Abu Talib ibn Abd al-Muttalib al-
Qurasyi al-hasymi.
Dilahirkan 10 tahun perutusan baginda S.A.W. dan
mendapat didikan serta
membesar di rumah baginda. Ali merupakan
kalangan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam dan Rasullah S.A.W. telah
mengahwinkan Ali dengan anak
bongsunya Fatimah.Ali terkenal sebagai seorang
pejuang dan sifat berani
.Beliau juga pandai bermain pedang,memiki akhlak
seperti Rasulullah s.a.w. kerana beliau dididik oleh Baginda sejak kecil lagi.
Ketika Baginda s.a.w
diizinkan berhijrah ke Madinah,Ali bertindak
menggantikan tempat tidur nabi
serta memakai baju Baginda.Hal itu dlakukan
dengan penuh keberanian bagi mengelirukan pemuda pemuda kafir yang
mengepung rumah Baginda untuk
membunuhnya.Beliau sentiasa bersama Baginda
s.a.w.Keseluruhan medan
pertempuran,kecuali peperangan Tabuk. Saidina Ali bin Abi Talib juga seorang hakim yang
adil dan tabah di
Yaman.Beliau juga menubuhkan pasukan
keselamatan dan Badan perisik,menjadi
penasihat dalam bidang kehakiman kepada
ketiga-tiga khalifah sebelum beliau. Ali ibn Abu Talib tergolong salah seorang
dari kalangan ahli
Majlis al-Syura dan menyandang jawatan Khalifah
al-Rasyidin keempat
selepas pembunuhan khalifah Uthman.Ekoran
pembunuhan Uthman,sekumpulan sahabat,antaranya:Talhah,Al-Zubair dan Aisyah
tampil menuntut Ali supaya
mengambil tindakan segera terhadap pembunuh
Uthman.Lantaran itu tercetusnya
peperangan Jamal,selepas itu ia berlanjutan
kepada peperangan Siffin yang dipimpin oleh Muawiyah ibn Abu Sufian dan
penduduk Syam yang berakhir
dengan majlis Tahkim.Ali telah ditikam oleh salah
seorang puak Khawarij
bernama Abdul Rahman ibn Muljam ekoran tidak
berpuas hati dengan Tahkim.Beliau meninggal dunia pada malam 17
Ramadhan tahun 40 hijrah dan
sempat memerintah selama 4 tahun 3 bulan 15
hari. Ali merupakan seorang yang luas pengetahuannya
dalam semua bidang ilmu
pengetahuan dan fiqh.Beliau banyak berfatwa dan
ia tersebar ke merata
tempat.Namun begitu terdapat banyak juga
pembohongan yang telah dilakukan oleh golongan Syiah sudut hadis dan fatwa yang
disandarkan kepada
Ali.Justeru ,ahli Hadis yang berpegang dengan
Hadis sahih sangat
berhati-hati untuk mengambil hadis serta fatwa
yang diriwayatkan oleh puak Syiah. ABDULLAH IBN ABBAS Dilahirkan tiga tahun sebelum Hijrah.Ayahnya
bernama Abbas bin Abdul Mutalib
dan ibunya pula bernama Lubabah binti
Harith,merupakan wanita kedua memeluk
Islam.Ibunya terkenal dengan panggilan Ummu
Fadhal. Abdullah ibn Abbas juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad
SAW.Berasal dari kota Mekah.Sewaktu
Rasulullah wafat beliau baru berusia 13 tahun. Kehidupannya Ketika beliau dilahirkan,ibunya membawa
Abdullah pergi berjumpa Nabi SAW
yang mana baginda meletakan sedikit air liurnya
keatas bayi itu sebelum
Abdullah menghisap susu.Ini adalah permulaan
ikatan yang erat diantara Ibn Abbas dan Nabi SAW.Beliau banyak berbakti pada
Nabi SAW atas kecintaannya
pada baginda dan mengingati setiap perkataan
yang diucapkan oleh Nabi SAW. Abdullah ibn Abbas mempunyai pengetahuan
yang sangat luas.Beliau juga dari
keturunan yang kaya-raya.Berkat doa Rasulullah
SAW kepadanya,Abdullah
menjadi seorang pemuda yang terpelajar
dan bijak dikalangan para sahabat yang seusia
dengannya.Petah berdebat dan berbicara. Jasa Dan Perjuangannya Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah
mampu meredakan keadaan umat
Islam selepas peperangan Siffin,dimana segelintir
umat Islam yang berpehak
kepada Ali bin Abi Talib merasa tidak puas hati
akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru al-Ash dengan Abu Musa
al-Asya’ari. Berkat kepintaran fikirannya,Abdullah Berjaya
mengamankan keadaan umat
Islam walaupun seketika.Diriwayatkan bahawa Ibn
Abbas meriwayatkan
kira-kira 1660 hadis Rasulullah SAW yang dicatit
dan disahihkan di dalam sahih Bukhari dan Muslim. Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk
membena kerajaan baru
setelah kerajaan Bani Umaiyah dilihat agak tersasar
dari
matlamatnya.Kemudian lahirlah sebuah kerajaan
yang mengambil sempena namanya, Daulah Bani Abbasiyah.Abdullah ibn
Abbas wafat pada tahun 78
Hijrah,dalam usia 75 tahun.Ada riwayat yang
mengatakan 81 tahun Di tulis oleh : Nor Sharim Bin Mohamed Noor No.13, Kg Kerunai, 33310 Gerik. 1 Sumber Rujukan – Buku Teks Sirah Tahun 6 m/s
8 (Attarbiah Sdn Bhd)

Penghargaan daripada KP zon Kerunai

Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t, selawat dan
salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhammad s.aw., para Sahabat r.a. serta kaum muslimin yang
mengikuti jalan yang benar hingga Akhirat. Terlebih dahulu Saya bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana izinnya saya
dapat memberi perutusan penghargaan di dalam
admin www.kerunaikini.com. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ketua Pemuda Tersusun
Jong, Ketua Pemuda Kg. Jong,
Ketua Pemuda Padang Stang, Ketua Pemuda Kg
Pahat, Ketua Pemuda Bendang Baru dan Ketua Pemuda Kg Kerunai kerana membantu
saya sepanjang memimpin Pemuda
Zon Kerunai bagi sesi 2008 hingga 2013. Untuk makluman semua, Pemuda Zon Kerunai
terdiri daripada tujuh ( 7 )
Cawangan iaitu Pemuda Cawangan Tersusun Jong,
Pemuda Cawangan Kg. Jong,
Pemuda Cawangan Padang Stang, Pemuda
Cawangan Kg Pahat, Pemuda Cawangan Bendang Baru dan Pemuda Cawangan Kg Kerunai. Bagi menyahut cabaran Era baru dalam media baru
(media massa) ini, semua
warga Pemuda Zon Kerunai perlu mencetuskan
paradigma baru untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian
maklumat atau info yang sahih kepada masyarakat Zon Kerunai. Keberkesanan
menyampai maklumat ia tidak
mengenepikan intergeriti dan tidak mementingkan
kepentingan peribadi. Di
samping itu warga pemuda zon kerunai dituntut
untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih
berdaya saing, bijaksana
dan sentiasa mencari idea baru dengan
menggunakan pendekatan strategi
memperkasakan pemuda. Pemuda Zon Kerunai juga perlu membawa agenda
besar yang disarankan oleh YAB
Perdana Menteri untuk merealisasi kepada slogan
“rakyat di dahulukan,
pencapaian di utamakan”. Semua warga Pemuda
Zon Kerunai di minta memberi sumbangan masing-masing kepada masyarakat
atau rakyat di Zon Kerunai.
Semangat kesukarelaan perlu ditanam di setiap
sanubari Pemuda, bagi
memastikan program dan aktiviti dapat dijalankan
sebaik mungkin tanpa paksaan. Saya menyeru semua warga Pemuda Zon Kerunai
supaya mengerakkan Jentera
Kerja Pilihanraya Ke 13, bekerja berusaha
bersungguh-sungguh mencapai
prestasi cemerlang dalam memenangi PRU ke 13
ini. Pemuda Zon Kerunai juga perlu mencerminkan perwatakan sebenar dan
bermuhasabah diri untuk
menyumbang dari sekadar menjadi penumpang
dalam arah hala tuju
memperkasakan pemuda dan lain agenda yang
dangkal. Dalam kelompok komuniti yang tidak ramai, semua orang saling kenal dan
dapat melihat sumbangan dan
peranan setiap individu. Saya ingin memberi perhargaan terima kasih
kepada warga Pemuda-Pemuda Zon
Kerunai yang sentiasa bekerja keras dan terus
menyumbang bakti kepada
aktiviti dan program yang dilaksanakan bagi
mendapat pencapaian terbaik. Dengan keterlibatan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
dalam aktiviti / program juga
dapat mencungkil bakat baru kepimpinan
diperingkat Zon Kerunai dan dapat
diketengahkan peringkat seterusnya. Akhir sekali saya sekali jutaan terima kasih kepada
ahli keluarga kerana
sentiasa sokongan moral, mental dan kasih saying
selama ini bagi menerus
perjuangan memperkasakan Pemuda Zon Kerunai. Semoga sumbangan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
diberi ganjaran sewajarnya oleh
Allah s.w.t. sebagai amal yang soleh. Salam Takzim, NOR SHARIM BIN MOHAMED NOOR KP Zon Kerunai