Jumaat, 15 Mac 2013

Sejarah Gerik

Hulu Perak Daerah Perak Darul Ridzuan Hulu Perak Pejabat daerah Gerik Pegawai daerah n/a Kawasan Ia merupakan daerah yang terletak di timur
laut negeri Perak. Disebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri Kelantan, manakala diutaranya pula ialah daerah Baling, Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar. Bersempadan dengan negera Thailand disebelah timur laut, daerah ini juga
merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah Larut, Matang dan Selama. Sejarah Sejarah Pembukaan Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah
telah berpindah dan menubuhkan
kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa
berundur ke Kampar dan menubuhkan
kerajaannya di sana. Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke
Hulu Patani dan tinggal di satu tempat
bernama Beredung Budi; kemudian
berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama
Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum. Tun Saban Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada
suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi
ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah,
memohon seorang putera baginda untuk
dirajakan di Perak. Baginda lalu
mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran
negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah
ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama
dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar
Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah. Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada
catatan mengenai tarikh sebenar) tetapi
mayatnya dikebumikan di Changkat Merah
dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal
dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa
orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak. Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran.
Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban
Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu.
Namun kesahihan ada sebetulnya kerana
Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di
Kuala Kangsar. Penamaan Asal Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang
sekarang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah
pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan
di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan
kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua
bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad). Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh
berhampiran dengan Kuala Kenderong.
Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh
dari situ ada kampung orang terletak di
tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang
ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda
memerintahkan supaya dipagar keliling perdu
buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-
orangnya menggali untuk mencari punca
bunyi yang ganjil itu. Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh
itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor
dekan (Dekan, nama sejenis binatang
rupanya seakan-akan tikus) sedang
menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh
sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan
bunyi berkerit-kerit. Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah
dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang
yang kemudian telah mengubah sebutan dan
ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’,
kemudian menjadi `Gerik’ seperti yang digunakan sekarang. Kelian Intan Pada masa dahulu seorang pembesar Negeri Reman bernama Wan Itam telah membuka kelian (lombong bijih timah) berhampiran dengan Gunung Paku. Semenjak itulah tempat
tersebut dipanggil orang `Kelian Wan Itam’.
Lama-kelamaan perkataan `Kelian Wan Itam’
itu telah berubah sebutannya menjadi ` Kelian
Intan’. ↑Undur Satu Bahagian Peperangan & Penjajahan Peperangan Perak-Reman Hulu Perak pada asalnya adalah sebahagian
daripada negeri Reman. Negeri Reman pula adalah sebahagian daripada wilayah negeri
Pattani besar. Orang-orang Melayu Patani ialah orang pertama yang mendiami dan membuka
hutan di Hulu Sungai Perak. Oleh itu Raja
negeri Reman menganggap kawasan Hulu
Sungai Perak adalah jajahan takluknya. Raja
Reman telah pergi ke Kelian Intan dan
mengusahakan lombong bijih timah di sana. Dalam tahun 1826, Sultan Perak telah membuat satu Perjanjian Persahabatan
dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang. Tidak beberapa lama selepas itu, Sultan Perak telah menghantar satu pasukan tentera yang
kuat diketuai oleh Dato Seri Lela untuk
menyerang orang-orang Melayu Reman. Oleh
kerana serangan tentera Perak itu secara
mengejut maka orang-orang Reman dapat
dikalahkan. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, Raja Reman telah dapat
menawan semula Kelian Intan dan Kroh. Suruhanjaya Campbell Daerah Hulu Perak itu sangat luas, iaitu
bermula dari Selatan Negeri Patani sampai ke
Kuala Temong. Menjelang kurun kesembilan
belas, sebahagian besar daripada Daerah Hulu
Perak telah termasuk di bawah pemerintahan
Negeri Reman. Dalam tahun 1899, satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Tuan Campbell telah dibentuk
untuk menyiasat dan menyelesaikan
pertikaian sempadan di antara Perak dan Reman. Hasilnya, sempadan kedua-dua negeri itu yang telah ditetapkan di Bukit Nasah dalam
tahun 1882 dahulu, telah dipersetujui diganjak sedikit sampai ke Mukim Gerik dan Temenggor. Dari semenjak itu, pertikaian di
perbatasan Perak - Reman itu pun reda sedikit terutama setelah Kerajaan Siam
menghapuskan sistem pemerintahan beraja di
Reman dalam tahun 1902. Perjanjian Inggeris-Siam Pada 9 Julai 1909 Kerajaan Siam telah membuat suatu perjanjian dengan Kerajaan
Inggeris untuk menyerahkan Negeri-negeri
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk
bernaung di bawah pemerintahan Inggeris.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani di
Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar
Negeri Siam. Di antara lain-lain syarat dalam
perjanjian itu Kerajaan Siam hendaklah juga
menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang
telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada
Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909. Pegawai-pegawai yang mewakili Kerajaan
Perak bagi menerima penyerahan itu adalah
seperti berikut:- Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja. E.W. Birch, Residen British Perak. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan.
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan
Husain, pembesar Siam di Betong. Perjanjian Perak-Kedah Pada 4 Mac 1912 satu perjanjian telah dibuat di antara Kerajaan Perak dengan Kerajaan
Kedah. Menurut perjanjian itu, Kerajaan Kedah
bersetuju menyerahkan kawasan Belukar
Semang dan Tasik kepada Perak. Sebagai
balasannya, Kerajaan Perak pula bersetuju
membiayai pembinaan jalan raya dari Baling ke Kuala Ketil sejauh 24 batu. Kawasan yang diserahkan oleh Siam
bersama-sama dengan kawasan Belukar
Semang dan Tasik oleh Kedah itu dinamakan
`Jajahan Baharu’ (The New Territory) dan
telah disatukan dengan kawasan lain di
Daerah Hulu Perak Pentadbir Eropah yang pertama Pegawai pentadbir bangsa Eropah yang
pertama berkhidmat di Hulu Perak ialah Cerlo
Ferdinando Bozzolo, berbangsa Itali. Sebelum bertugas di Hulu Perak, beliau pernah
membuka lombong bijih timah di Negeri
Patani, tetapi perusahaannya itu tidak maju
lalu beliau berhijrah ke Perak. Dalam tahun 1880, jawatan yang mula-mula
disandangnya ialah Merinyu Jalan Raya. Pada 1 Januari 1881 beliau dilantik menjadi Penguasa Ladang Kerajaan. Oleh kerana
beliau pandai bertutur bahasa Siam dan Patani, maka beliau telah dua kali diutuskan
ke Negeri Reman bagi merundingkan
pertikaian sempadan di antara Perak dengan
Reman. Pada 1hb Januari 1888 Bozzolo telah
dilantik menjadi Pemungut cukai dan Hakim
Daerah Hulu Perak. ↑Undur Satu Bahagian Pusat pentadbiran Pada mulanya, Daerah Hulu Perak itu
ditadbirkan dari Kuala Kangsar. Pegawai-
Pegawai kerajaan hanya datang sesekali ke Kota Tampan dan Lenggong. Keadaan tersebut berlarutan hingga ke tahun 1886
apabila kerajaan membuka Teluk Janing
(sekarang kawasan tersebut di panggil Kuala
Kenering) sebagai pusat pentadbiran yang
baru. Tempat tersebut terletak di tepi Sungai
Perak, lebih kurang 50 batu ke utara Kuala Kangsar. Di Telok Janinglah terletak pejabat-pejabat
kerajaan dan lain-lain bangunan yang
penting seperti balai polis, pejabat pos,
pejabat hutan dan sebagainya. Setelah Gerik termasuk ke dalam wilayah Hulu Perak
(selepas syor dan perakuan Suruhanjaya
Campbell 1899) ramai orang-orang Melayu telah berpindah dan menetap di Gerik. Pada awal tahun 1901, Ibu Pejabat Daerah
Hulu Perak telah dipindahkan daripada Telok
Janing ke Gerik. Pekan Gerik yang asal itu adalah kecil sahaja; rumah-rumah kedai
dibuat daripada papan dan beratapkan daun
bertam. Kedudukan pekan itu ialah di tempat
yang dinamakan Jalan Wan Mat Salleh
sekarang. Dengan terbukanya perusahaan
melombong bijih timah di Temenggor, Pekan Gerik telah bertambah maju dan penduduk bertambah ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan