Ahad, 31 Mac 2013

berbohong

Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik.
Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap manusia pasti
pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Dan
ada juga manusia yang seringkali berbohong.
Golongan ini dikenali sebagai Si Pembohong! Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan
pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang
boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu
menutup kebenaran dari anda. 1. Tidak mampu bertentang mata Hal yang paling biasa apabila seseorang
berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.
Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang
berbohong tidak mampu bertentang atau menatap
mata dengan anda. Si dia juga semakin sering
mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi
dalam keadaan malu, tegang dan berbohong,
kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si
dia lebih banyak mengerdipkan mata. 2. Perubahan suara Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada
bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah
dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga
suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang
lama. 3. Menggaru-garukan bahagian tertentu Cara paling mudah mengesan pembohongan
adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan
pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.
Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu
menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak
kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya. 4. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil
pada hidungnya akan dipenuhi darah
menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si
dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh
hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. 5. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut
mungkin berdusta. 6. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin
tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang
mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa
petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara
lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya,
kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami
anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka
anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya
itu. 7. Gerakan Kaki Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka
mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong
sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka. 8. Guna kata-kata sukar Kajian menunjukkan orang yang berbohong
menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-
kata mereka. Para pembohong biasanya
menggunakan kata-kata yang sukar difahami.
Mereka jarang menggunakan kata ganti orang
pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh
penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain
mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku),
mereka juga menggunakan kata-kata yang
memberi kesan negatif. 9. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang
yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja
menjadi resah dan tidak senang duduk apabila
berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 10. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas
mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan
satu tindak balas automatik yang lahir dari segi
psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk
tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan
kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 11. Muka kelihatan bingung. Si pembohong akan memikirkan tentang
kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan
mengganggu perhatiannya dalam percakapan
tersebut. 12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan Seseorang yang senang berbohong, kerap kali
sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam
fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang
akan dibohongi agar semuanya berjalan
sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda
melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya
akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan
seperti ini. 13. Cerita Panjang Lebar Orang yang selalu berbohong biasanya cukup
pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala
langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin
bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang
yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada
dasarnya mudah sekali untuk disampaikan. 14. Enggan Duduk Berdekatan Keengganan seseorang duduk berdekatan
dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya
sedang berbohong. Akibat rasa bersalah,
pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan
orang dibohongi. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu
sentiasa memerhatikan air muka dan gerak
badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh
menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau
tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut
berbohong. Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya
100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-
dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang
terbaik sama ada mahu percaya atau tidak. Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel
suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan
jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa
yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh
jadi palsu.

Ahad, 17 Mac 2013

Qada dan Qadar

Qada Dan Qadar Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman
yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang
Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada
dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan
perbincangannya agak panjang dan adakalanya
begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru
menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah
secara mendalam. Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan
penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama
mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali
untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya
berharap dengan tulisan ringkas ini akan
memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini.
InsyaAllah. ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar
bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua
bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq. Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang
pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu
apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman
Allah Taala bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59). Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak
semestinya berlaku bahkan bergantung kepada
sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung
kepada menghubungkan silaturrahim dan amal
kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud: Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa.
Dan tiada yang boleh memanjangkan umur
melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi). SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH
TAALA Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam
pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala
bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59). Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah
Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung
dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang
lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa
berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak
mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti. ANTARA BENTUK KETAATAN Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa
kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang
hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan
berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)
Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi). SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari
hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah
Taala maka dengan sebab itulah perlunya
seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan
berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah
tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya
berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang
menentukannya. Disebabkan manusia tidak
mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia
perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala
bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11). KONSEP QADA DAN QADAR Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam
Islam adalah: - Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala
yang berlaku di dunia ini. - Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki
kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini. - Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu
kepada bantuan Allah Taala. - Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari
pengetahuan hamba adalah supaya seseorang
hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya. PERINGATAN Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat
mengingatkan kepada kita tentang bahayanya
mempersoalkan dan memanjang-manjangkan
perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa
sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok
guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar
terutamanya kepada masyarakat awam. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila disebut tentang qadar maka diamlah… (Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim). PENUTUP Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita
diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan
qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala
semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa
akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa
yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu
aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih
mendalam dan terperinci.

Perutusan Nor Sharim Bin Mohamed Noor KP ZON KERUNAI

Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t, selawat dan
salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhammad s.aw., para Sahabat r.a. serta kaum muslimin yang
mengikuti jalan yang benar hingga Akhirat. Terlebih dahulu Saya bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana izinnya saya
dapat memberi perutusan penghargaan di dalam
admin www.kerunaikini.com. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ketua Pemuda Tersusun
Jong, Ketua Pemuda Kg. Jong,
Ketua Pemuda Padang Stang, Ketua Pemuda Kg
Pahat, Ketua Pemuda Bendang Baru, Ketua Pemuda Tg Kekabu dan Ketua Pemuda
Kg Kerunai kerana membantu
saya sepanjang memimpin Pemuda Zon Kerunai
bagi sesi 2008 hingga 2013. Untuk makluman semua, Pemuda Zon Kerunai
terdiri daripada tujuh ( 7 )
Cawangan iaitu Pemuda Cawangan Tersusun Jong,
Pemuda Cawangan Kg. Jong,
Pemuda Cawangan Padang Stang, Pemuda
Cawangan Kg Pahat, Pemuda Cawangan Bendang Baru, Pemuda Cawangan Tg Kekabu dan
Pemuda Cawangan Kg Kerunai. Bagi menyahut cabaran Era baru dalam media baru
(media massa) ini, semua
warga Pemuda Zon Kerunai perlu mencetuskan
paradigma baru untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian
maklumat atau info yang sahih kepada masyarakat Zon Kerunai. Keberkesanan
menyampai maklumat ia tidak
mengenepikan intergeriti dan tidak mementingkan
kepentingan peribadi. Di
samping itu warga pemuda zon kerunai dituntut
untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih
berdaya saing, bijaksana
dan sentiasa mencari idea baru dengan
menggunakan pendekatan strategi
memperkasakan pemuda. Pemuda Zon Kerunai juga perlu membawa agenda
besar yang disarankan oleh YAB
Perdana Menteri untuk merealisasi kepada slogan
“rakyat di dahulukan,
pencapaian di utamakan”. Semua warga Pemuda
Zon Kerunai di minta memberi sumbangan masing-masing kepada masyarakat
atau rakyat di Zon Kerunai.
Semangat kesukarelaan perlu ditanam di setiap
sanubari Pemuda, bagi
memastikan program dan aktiviti dapat dijalankan
sebaik mungkin tanpa paksaan. Saya menyeru semua warga Pemuda Zon Kerunai
supaya mengerakkan Jentera
Kerja Pilihanraya Ke 13, bekerja berusaha
bersungguh-sungguh mencapai
prestasi cemerlang dalam memenangi PRU ke 13
ini. Pemuda Zon Kerunai juga perlu mencerminkan perwatakan sebenar dan
bermuhasabah diri untuk
menyumbang dari sekadar menjadi penumpang
dalam arah hala tuju
memperkasakan pemuda dan lain agenda yang
dangkal. Dalam kelompok komuniti yang tidak ramai, semua orang saling kenal dan
dapat melihat sumbangan dan
peranan setiap individu. Saya ingin memberi perhargaan terima kasih
kepada warga Pemuda-Pemuda Zon
Kerunai yang sentiasa bekerja keras dan terus
menyumbang bakti kepada
aktiviti dan program yang dilaksanakan bagi
mendapat pencapaian terbaik. Dengan keterlibatan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
dalam aktiviti / program juga
dapat mencungkil bakat baru kepimpinan
diperingkat Zon Kerunai dan dapat
diketengahkan peringkat seterusnya. Akhir sekali saya sekali jutaan terima kasih kepada
ahli keluarga kerana
sentiasa sokongan moral, mental dan kasih saying
selama ini bagi menerus
perjuangan memperkasakan Pemuda Zon Kerunai. Semoga sumbangan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
diberi ganjaran sewajarnya oleh
Allah s.w.t. sebagai amal yang soleh. Salam Takzim, NOR SHARIM BIN MOHAMED NOOR KP Zon Kerunai

Khalifah Khulafa'Al Rasyidin

KHALIFAH KHULAFA’ AL-
RASYIDIN PENDAHULUAN Setelah kewafatan Rasulullah SAW pada tahun
kesebelas hijrah,tidak ada
rasul lain yang menggantikan baginda kerana
Rasulullah SAW adalah rasul
yang terakhir. Pentadbiran Islam selepas kewafatan Rasulullah
SAW telah diteruskan oleh
khalifah Khulafa al-Rashidin kerana kedudukan
dan taraf khalifah dari segi
kuasa pemerintahan adalah seperti taraf
pemerintahan RasulullahSAW. Terdapat empat orang Khulafa al-Rashidin yang
memerintah negara Islam dan
semuanya berpusat di kota Madinah.Khalifah
tersebut ialah: Khalifah pertama-Saidina Abu Bakar al-Siddik Khalifah kedua-Saidina Umar al-Khatab Khalifah ketiga-Saidina Osman bin Affan Khalifah keempat-Saidina Ali bin Abi Talib. Mereka memerintah kerajaan Islam dianggarkan
selama 29 tahun bermula
daripada 632 masihi sehingga 661 masihi. SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ Nama Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah tidak
asing lagi bagi ummat islam
baik dahulu mahupun sekarang.Beliau merupakan
Khalifah al-Rasyidin yang
pertama.Dialah manusia yang dianggap paling
teragung dalam sejarah Islam selepas Rasulullah s.a.w. Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin
Qahafah.Sebelum islam beliau adalah
seorang saudagar kaya dan dihormati oleh
masyarakat Quraisy.Islamnya
Saidina Abu Bakar telah membawa pengaruh besar
dikalangan kaum bangsawan Quraisy,maka beberapa pemuda seperti Saidina
Uthman bin Affan,Abdul Rahman
bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas telah menuruti
jejak langkahnya. Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan
imannya,cerdas akal,tinggi akhlak,lemah lembut
dan penyantun. Gelaran al-Siddiq yang diberikan orang terhadap
dirinya adalah lantaran
memandang sikap serta pendiriannya yang teguh
dalam membenarkan serta
membela Rasulullah s.a.w.Beliau juga antara orang
yang mengakui kebenaran Israk dan Mikraj. Tidak beberapa lama setelah memeluk
Islam,Saidina Abu Bakar yang terkenal
sebagai saudagar yang kaya telah menyerahkan
segenap kekayaan dan jiwa
raganya untuk menegakan Islam bersama Nabi
Muhammad s.a.w..Beliau juga telah menebus orang-orang yang ditawan,yang
ditangkap atau diseksa.Beliau
juga membeli hamba-hamba dan kemudian
dimerdekakannya.Salah seorang hamba
yang dibebaskan yang terkenal dalam sejarah ialah
Bilal bin Rabah. Selepas Nabi Muhammad selesai melalui peristiwa
Israk dan Mikraj segolongan
orang kurang mempercayai apa yang telah
dikhabarkan Rasulullah s.a.w telah
menemui Saidina Abu Bakar untuk mendengar apa
pendapatnya tentang dakwaan Nabi Muhammad s.a.w. Tenyata Saidina Abu Bakar
mempercayai semua yang
dilalui Rasulullah s.a.w. Kebijaksanaan Saidina Abu Bakar juga ternyata
dalam polisinya menyamakan
pemberian elaun kepada orang-orang yang
berhak.Sedangkan Baginda sendiri
hanya mengambil sekadar keperluan asasi buat
diri dan keluarganya. Baginda meninggal dunia ketika umurnya
menginjak ke 63 tahun.Baginda
dikebumikan disamping makam Rasulullah s.a.w
di masjid Madinah.Semoga
riwayat serta perjuangannya menjadi contoh
kepada sekalian kaum muslimin. SAIDINA UMAR AL-KHATTAB PENGENALAN Saidina Umar al-Khattab bin Nafil al- Adwi al-
Quraisyi dari kalangan orang
yang berketurunan mulia. mempunyai tubuh
badan yang tinggi dan tegap.Beliau
juga seorang yang pandai,bijaksana dan
berdisiplin1 <#0.1_footnote1>. SAIDINA UMAR DILANTIK MENJADI KHALIFAH Beliau dilantik sebagai khalifah kedua
menggantikan Khalifah Abu Bakar.Umar
memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun keenam
perutusan Baginda S a
w.Dimana kaum muslimin pada waktu itu baru
mencecah sekitar 39 orang lelaki dan 23 orang wanita.Umat Islam masih lemah
sebelum Umar memeluk
Islam.Urusan dakwah pada waktu itu berpusat di
rumah al-Arqam ibn Abu
al-Arqam al-Makhzumi.Ekoran dari
keislamannya,Umar membawa nafas baru kepada kaum muslimin,menguatkan Islam sekali
gus member tamparan hebat
kepada kaum kafir Quraisy.Pengislaman Umar juga
atas keberkatan doa Baginda
s.a.w agar menguatkan Islam dengan salah satu
daripada dua Umar;Iaitu:Sama ada Umar al-Khattab atau Amru ibn Hisyam(Abu
Jahal). Setelah memeluk Islam,Umar mengajak kaum
muslimin keluar ke Kaabah untuk
menzahirkan Islam dalam dua kumpulan.Satu
kumpulan diketuai oleh beliau dan
satu kumpulan lagi diketuai oleh Hamzah.Justeru
itu Umar digelar ;al-Faruq( ),iaitu pemisah antara kebenaran
dan kebatilan.Untuk
itulah juga ibn Mas ud berkata:Islamnya Umar
sebagai kunci
pembuka,hijrahnya sebagai penolong dan
kekuasaanya sebagai suatu rahmat serta kaum muslimin mampu menunaikan
sembahyang di rumah. Ali ibn Abu Talib pula menyatakan semua kaum
muslimin lain berhijrah ke
Madinah secara sembunyi,namun Umar mengambil
langkah berhijrah secara
terang-terangan.Bahkan Umar sanggup mencabar
kaum kafir Quraisy dengan katanya yang bermaksud: Sesiapa yang ingin
meninggalkan janda serta
anak-anak yatim juga berani menahannya
berhijrah,silalah tunggu di lorong
sekian-sekian,kerana daku akan menggunakan
lorong tersebut. Umar memiliki keperibadian yang berbagai-
bagai,penguasaan bermacam-macam
bidang ilmu serta kemampuan secara
menyeluruh.Beliau telah memberi saham
yang besar dalam perjuangan serta dakwah
Islam.Umar mati sebagai salah seorang syuhada akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’h
pada tahun 23 Hijrah dan
sempat memerintah selama 10 tahun 6 bulan.Umar
telah meninggalkan sejumlah
besar daripada fatwa dan ijtihad,antaranya
ialah:Mengenai pembahagian harta pusaka berkenaan dengan al-Musyarrakah atau al-
Musytarikah
.Tidak kurang juga terdapat banyak ayat dan
perudangan yang diturunkan
oleh Allah menepati saranan dan pendapat
Umar,antaranya ialah: a. Umar menyarankan agar menjadikan Makam
Ibrahim sebagai tempat sembahyang
atau musalla . b. Umar mencadangkan agar diadakan hijab atau
tabir untuk berurusan dengan
para isteri Nabi. c. Umar mendapat tahu kalangan isteri baginda
menyakiti hati nabi.Umar
menemui para isteri Baginda s.a.w dan memberi
ingatan:Kiranya Baginda
menceraikan kamu,boleh jadi Allah akan
menggantikan yang lebih baik dari kamu sekalian. d. Sejumlah besar kafir Musyrikin menjadi tawanan
perang semasa peperangan
Badar.Baginda meminta pandangan para
sahabat.Abu Bakar mencadangkan diambil
tebusan dan Umar mencadangkan supaya di
bunuh..Baginda s.a.w bersetuju cadangan Abu Bakar, lalu turun ayat selepas itu
menyokong pendapat Umar,
dari Suruh al-Anfal (Ayat 67). e. Umar sering berdoa agar Allah turunkan
penjelasan mengenai hukum meminum
arak, untuk itu Allah pun menurunkan ayat
pengharaman arak. SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN Uthman bin Affan lahir di Mekah pada tahun 47
sebelum hijrah,enam tahun
selepas Rasulullah s.a.w di putrakan.Beliau
dilahirkan dalam keluarga yang
mewah dan kaya.Beliau mewarisi kekayaan
keluarganya.Saidina Uthman bin Affan dari keturunan Bani Umaiyah iaitu satu
daripada kabilah Quraisy dan
sangat di hormati serta disegani masyarakat arab
Mekah. Uthman bin Affan merupakan seorang hartawan
dengan kedudukannya sebagai
sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya.Beliau
di golongkan sebagai
orang kenamaan Quraisy yang meniti kemewahan
dan elit yang dihormati,seorang yang kacak,lemah lembut dan
janggutnya perang.Nama
lengkap beliau ialah Uthman bin Affan bin Abi al-‘as
bin Umaiah bin Abdul
Sham. Walaupun Uthman bin Affan meniti cara hidup yang
mewah,namun beliau
menghiaskan dirinya dengan akhlak yang
terpuji.Selalu menghulurkan bantuan
kepada golongan miskin dan naif.Beliau mendapat
gelaran ,Dzul Nurain (memiliki dua cahaya),kerana menikahi dua orang
puteri Rasulullah
s.a.w.Isteri beliau yang pertama ialah Ruqaiyah
telah meninggal dunia
sewaktu perang Badar.Kemudian beliau menikahi
pula Ummu Kalthum juga puteri Rasulullah s.a.w. Pengislaman Saidina Uthman bin Affan Saidina Uthman bin Affan memeluk Islam atas
dakwah Abu Bakar
as-Siddiq.Setelah memeluk Islam dengan penuh
kerelaan dia menyerahkan
sebahagian besar hartanya bagi kepentingan
perjuangan Islam.Sebagai contoh,pada saat terjadi peperangan Tabuk
melawan kerajaan
Byzantium.Rasulullah s.a.w sebagai ketua
pemerintah merasa kekurangan dana
dan makanan untuk mempertahankan diri
daripada serangan pehak musuh.Lan tas baginda mengemukakan masalah ini kepada para
sahabat-sahabatnya.Abu Bakar
telah menyumbangkan 4000 ninar iaitu seluruh
harta kekayaannya.Umar
setengah daripada hartanya.,sementara Uthman
pula menanggung sepertiga pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan
10.000 tentera,100 ekor
unta,50 ekor kuda dan 1000 dinar wang emas. Perlantikan Sebagai Khalifah ke Tiga Perlantikan saidina Uthman sebagai khalifah
melalui majlis
syura(perbincangan)diantara enam sahabat yang
telah ditetapkan oleh saidina
Umar al-khatab sebelum beliau wafat.Mereka ialah
saidina Uthman sendiri,saidina Ali bin Abi Talib,Sa’ad bin Abi
Waqas,Zubir bin
al-‘Awam,Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin
Ubaidillah. Semua sahabat telah bersetuju untuk melantik
saidina Uthman bin Affan
menjadi Khalifah ketiga selepas saidina Umar al-
khatab.Semua sahabat
berikrar taat setia melalui Bai’atul Kubra di Masjidil
Nabawi. Beliau menjadi khalifah pada 644 masihi bersamaan 23
hijrah.Beliau memerintah
negara selama 12 tahun. Kewafatan Saidina Uthman Bin Affan Pada tahun terakhir pemerintahan saidina Uthman
bin Affan,telah banyak
berlaku fitnah maka timbul rasa tidak puas hati
rakyat kepada pemerintahan
beliau.Pada bulan zulhijjah tahun 35 hijrah,rumah
saidina Uthman bin Affan dikepung oleh pemberontak selama dua
hari.Saidina Uthman bin Affan wafat
pada 18 zulhijjah tahun 35 hijrah.Beliau dibunuh
oleh pemberontak
dirumahnya sendiri ketika beliau sedang membaca
al-Quran.Kitab al-Quran yang dipegangnya telah dibasahi dengan
darahnya sendiri ketika beliau wafat. ALI BIN ABU TALIB Beliau ialah Ali ibn Abu Talib ibn Abd al-Muttalib al-
Qurasyi al-hasymi.
Dilahirkan 10 tahun perutusan baginda S.A.W. dan
mendapat didikan serta
membesar di rumah baginda. Ali merupakan
kalangan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam dan Rasullah S.A.W. telah
mengahwinkan Ali dengan anak
bongsunya Fatimah.Ali terkenal sebagai seorang
pejuang dan sifat berani
.Beliau juga pandai bermain pedang,memiki akhlak
seperti Rasulullah s.a.w. kerana beliau dididik oleh Baginda sejak kecil lagi.
Ketika Baginda s.a.w
diizinkan berhijrah ke Madinah,Ali bertindak
menggantikan tempat tidur nabi
serta memakai baju Baginda.Hal itu dlakukan
dengan penuh keberanian bagi mengelirukan pemuda pemuda kafir yang
mengepung rumah Baginda untuk
membunuhnya.Beliau sentiasa bersama Baginda
s.a.w.Keseluruhan medan
pertempuran,kecuali peperangan Tabuk. Saidina Ali bin Abi Talib juga seorang hakim yang
adil dan tabah di
Yaman.Beliau juga menubuhkan pasukan
keselamatan dan Badan perisik,menjadi
penasihat dalam bidang kehakiman kepada
ketiga-tiga khalifah sebelum beliau. Ali ibn Abu Talib tergolong salah seorang
dari kalangan ahli
Majlis al-Syura dan menyandang jawatan Khalifah
al-Rasyidin keempat
selepas pembunuhan khalifah Uthman.Ekoran
pembunuhan Uthman,sekumpulan sahabat,antaranya:Talhah,Al-Zubair dan Aisyah
tampil menuntut Ali supaya
mengambil tindakan segera terhadap pembunuh
Uthman.Lantaran itu tercetusnya
peperangan Jamal,selepas itu ia berlanjutan
kepada peperangan Siffin yang dipimpin oleh Muawiyah ibn Abu Sufian dan
penduduk Syam yang berakhir
dengan majlis Tahkim.Ali telah ditikam oleh salah
seorang puak Khawarij
bernama Abdul Rahman ibn Muljam ekoran tidak
berpuas hati dengan Tahkim.Beliau meninggal dunia pada malam 17
Ramadhan tahun 40 hijrah dan
sempat memerintah selama 4 tahun 3 bulan 15
hari. Ali merupakan seorang yang luas pengetahuannya
dalam semua bidang ilmu
pengetahuan dan fiqh.Beliau banyak berfatwa dan
ia tersebar ke merata
tempat.Namun begitu terdapat banyak juga
pembohongan yang telah dilakukan oleh golongan Syiah sudut hadis dan fatwa yang
disandarkan kepada
Ali.Justeru ,ahli Hadis yang berpegang dengan
Hadis sahih sangat
berhati-hati untuk mengambil hadis serta fatwa
yang diriwayatkan oleh puak Syiah. ABDULLAH IBN ABBAS Dilahirkan tiga tahun sebelum Hijrah.Ayahnya
bernama Abbas bin Abdul Mutalib
dan ibunya pula bernama Lubabah binti
Harith,merupakan wanita kedua memeluk
Islam.Ibunya terkenal dengan panggilan Ummu
Fadhal. Abdullah ibn Abbas juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad
SAW.Berasal dari kota Mekah.Sewaktu
Rasulullah wafat beliau baru berusia 13 tahun. Kehidupannya Ketika beliau dilahirkan,ibunya membawa
Abdullah pergi berjumpa Nabi SAW
yang mana baginda meletakan sedikit air liurnya
keatas bayi itu sebelum
Abdullah menghisap susu.Ini adalah permulaan
ikatan yang erat diantara Ibn Abbas dan Nabi SAW.Beliau banyak berbakti pada
Nabi SAW atas kecintaannya
pada baginda dan mengingati setiap perkataan
yang diucapkan oleh Nabi SAW. Abdullah ibn Abbas mempunyai pengetahuan
yang sangat luas.Beliau juga dari
keturunan yang kaya-raya.Berkat doa Rasulullah
SAW kepadanya,Abdullah
menjadi seorang pemuda yang terpelajar
dan bijak dikalangan para sahabat yang seusia
dengannya.Petah berdebat dan berbicara. Jasa Dan Perjuangannya Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah
mampu meredakan keadaan umat
Islam selepas peperangan Siffin,dimana segelintir
umat Islam yang berpehak
kepada Ali bin Abi Talib merasa tidak puas hati
akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru al-Ash dengan Abu Musa
al-Asya’ari. Berkat kepintaran fikirannya,Abdullah Berjaya
mengamankan keadaan umat
Islam walaupun seketika.Diriwayatkan bahawa Ibn
Abbas meriwayatkan
kira-kira 1660 hadis Rasulullah SAW yang dicatit
dan disahihkan di dalam sahih Bukhari dan Muslim. Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk
membena kerajaan baru
setelah kerajaan Bani Umaiyah dilihat agak tersasar
dari
matlamatnya.Kemudian lahirlah sebuah kerajaan
yang mengambil sempena namanya, Daulah Bani Abbasiyah.Abdullah ibn
Abbas wafat pada tahun 78
Hijrah,dalam usia 75 tahun.Ada riwayat yang
mengatakan 81 tahun Di tulis oleh : Nor Sharim Bin Mohamed Noor No.13, Kg Kerunai, 33310 Gerik. 1 Sumber Rujukan – Buku Teks Sirah Tahun 6 m/s
8 (Attarbiah Sdn Bhd)

Penghargaan daripada KP zon Kerunai

Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t, selawat dan
salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhammad s.aw., para Sahabat r.a. serta kaum muslimin yang
mengikuti jalan yang benar hingga Akhirat. Terlebih dahulu Saya bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana izinnya saya
dapat memberi perutusan penghargaan di dalam
admin www.kerunaikini.com. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ketua Pemuda Tersusun
Jong, Ketua Pemuda Kg. Jong,
Ketua Pemuda Padang Stang, Ketua Pemuda Kg
Pahat, Ketua Pemuda Bendang Baru dan Ketua Pemuda Kg Kerunai kerana membantu
saya sepanjang memimpin Pemuda
Zon Kerunai bagi sesi 2008 hingga 2013. Untuk makluman semua, Pemuda Zon Kerunai
terdiri daripada tujuh ( 7 )
Cawangan iaitu Pemuda Cawangan Tersusun Jong,
Pemuda Cawangan Kg. Jong,
Pemuda Cawangan Padang Stang, Pemuda
Cawangan Kg Pahat, Pemuda Cawangan Bendang Baru dan Pemuda Cawangan Kg Kerunai. Bagi menyahut cabaran Era baru dalam media baru
(media massa) ini, semua
warga Pemuda Zon Kerunai perlu mencetuskan
paradigma baru untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian
maklumat atau info yang sahih kepada masyarakat Zon Kerunai. Keberkesanan
menyampai maklumat ia tidak
mengenepikan intergeriti dan tidak mementingkan
kepentingan peribadi. Di
samping itu warga pemuda zon kerunai dituntut
untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih
berdaya saing, bijaksana
dan sentiasa mencari idea baru dengan
menggunakan pendekatan strategi
memperkasakan pemuda. Pemuda Zon Kerunai juga perlu membawa agenda
besar yang disarankan oleh YAB
Perdana Menteri untuk merealisasi kepada slogan
“rakyat di dahulukan,
pencapaian di utamakan”. Semua warga Pemuda
Zon Kerunai di minta memberi sumbangan masing-masing kepada masyarakat
atau rakyat di Zon Kerunai.
Semangat kesukarelaan perlu ditanam di setiap
sanubari Pemuda, bagi
memastikan program dan aktiviti dapat dijalankan
sebaik mungkin tanpa paksaan. Saya menyeru semua warga Pemuda Zon Kerunai
supaya mengerakkan Jentera
Kerja Pilihanraya Ke 13, bekerja berusaha
bersungguh-sungguh mencapai
prestasi cemerlang dalam memenangi PRU ke 13
ini. Pemuda Zon Kerunai juga perlu mencerminkan perwatakan sebenar dan
bermuhasabah diri untuk
menyumbang dari sekadar menjadi penumpang
dalam arah hala tuju
memperkasakan pemuda dan lain agenda yang
dangkal. Dalam kelompok komuniti yang tidak ramai, semua orang saling kenal dan
dapat melihat sumbangan dan
peranan setiap individu. Saya ingin memberi perhargaan terima kasih
kepada warga Pemuda-Pemuda Zon
Kerunai yang sentiasa bekerja keras dan terus
menyumbang bakti kepada
aktiviti dan program yang dilaksanakan bagi
mendapat pencapaian terbaik. Dengan keterlibatan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
dalam aktiviti / program juga
dapat mencungkil bakat baru kepimpinan
diperingkat Zon Kerunai dan dapat
diketengahkan peringkat seterusnya. Akhir sekali saya sekali jutaan terima kasih kepada
ahli keluarga kerana
sentiasa sokongan moral, mental dan kasih saying
selama ini bagi menerus
perjuangan memperkasakan Pemuda Zon Kerunai. Semoga sumbangan Pemuda-Pemuda Zon Kerunai
diberi ganjaran sewajarnya oleh
Allah s.w.t. sebagai amal yang soleh. Salam Takzim, NOR SHARIM BIN MOHAMED NOOR KP Zon Kerunai

Ikan Kelah

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae
yang bersisik besar, dan merupakan ikan
sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh
Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam
Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan
kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui
mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada
hari ini. Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan
naik ke anak sungai yang pantas serta dasar
sungai yang berbatu-batan untuk membiak.
Serupa dengan jenis ikan kap yang lain,
mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan
yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan
kelah juga merupakan sebahagian perikanan
komersil di India. Jenis ikan kelah Terdapatnya banyak jenis ikan kelah: Genus Tor: Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang
Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer
Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer):
Tor tor (Hamilton) Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-
finned) ataupun "Mahseer Himalaya
Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor
putitora (Hamilton) Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton) Jungha: Tor progeneius (McClelland) Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes) Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer
Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer
Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah
(Sykes) Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air
Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti) Ulu Kemapan , Endau - Rompin National Park , Malaysia Genus Acrossocheilus: Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis

Ikan Baung

Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk
sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya
mampu mencapai 20 kg. Umpan yang
digunakan untuk memancing ikan ini
biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail
biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk
semut tersebut, atau mengunakan cacing
tanah yang besar atau usus ayam. Menurut
penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an
ke bawah memancing ikan ini dengan sabun. Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya
berlaku kecelakaan di sungai karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan
baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak ada
bandingnya apalagi selepas dibakar atau
dipesmol (acar kuning).

Sejarah Gerik

Sejarah Gerik Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula
membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak
Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka
pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan
kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun
Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi
ketua masyarakat di Belum. Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di
utara. Raja Reman menceroboh masuk ke
Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh
(Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19,
sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki
oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah
dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah
Gerik menjadi jajahannya. Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah
membuat perjanjian dengan kerajaan
Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu untuk bernaung
bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian
tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-
negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.
Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan
Siam hendaklah juga menyerahkan balik
daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja
Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah
berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909. ↑Undur Satu Bahagian Asal-usul nama Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat
sekarang yang bernama Gerik itu masih
diliputi hutan belantara dan masih terletak
bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam
tahun 1870, beberapa orang telah datang
dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi
dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh
seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad). Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman
yang bernama Tuan Jagong datang berburu
gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan
Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita
bahawa tidak jauh dari situ ada kampung
orang terletak di tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung
tersebut, baginda mendengar suatu bunyi
yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh.
Baginda memerintahkan supaya dipagar
keliling perdu buluh itu dengan sasak dan
menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang
mengeluarkan bunyi yang ganjil itu. Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu
buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh
ekor dekan sedang menggerit umbi buluh.
Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras,
maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit
apabila digerit oleh dekan-dekan itu. Raja Reman telah menamakan tempat itu
Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah
digunakan beberapa lama dan kemudiannya
sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit'
menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik'
seperti yang digunakan sekarang. dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus;
masih boleh ditemui di hutan Belum. ↑Undur Satu Bahagian Gerik Kini Sekarang Gerik telah membangun dengan
pesat dan banyak kemudahan, bangunan-
bangunan kedai, pusat membeli belah, serta
kawasan-kawasan perumahan baru telah
wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh
raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.

Sabtu, 16 Mac 2013

umno online

www.umno-online.my/?page_id=3341

Getah Beku

Kisah seram (sekadar bacaan jangan ambil serius)

Minggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga... Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al- Fatihah... Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah... Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm... Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok... Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet... mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm... Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku... Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta... Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang... So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama.... Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi... Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U- turn... Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot... so aku make desicion teruskan perjlanan... Tiba-2 aku rasa semcm jer ...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4 Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4. Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik... Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu... Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2... Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5.... Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega... Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan... Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia... Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer ... Kuat juga bini aku. Tahniah! Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat... Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas... dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan.... Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu... Tapi kalau kuat, belasah jer ... Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini... At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

Negeri Perak Darul Ridzuan

ﻥﺍﻮﺿّﺮﻟﺍ ﺭﺍﺩ ﻕﺮﻴڨ Negeri Perak Darul Ridzuan Bendera Lambang Cogan kata: Perak Aman Jaya Lagu negeri: Allah Lanjutkan Usia Sultan Ibu negeri Ipoh Bandar diraja Kuala Kangsar Parti memerintah Barisan Nasional - Sultan Sultan Azlan Shah - Menteri Besar Zambry Abdul Kadir Sejarah - Perjanjian Pangkor 1874 - Menyertai Negeri- Negeri Melayu
Bersekutu 1895 - Pendudukan Jepun 1942 - Menyertai Persekutuan Tanah
Melayu 1948 Keluasan - Jumlah 21,006 km² Populasi - 2010 census 2,352,743 [1] - Kepadatan 112/km² Kod panggilan kebangsaan 05 Poskod kebangsaan 30xxx to 36xxx
39xxx Huruf pertama plat kenderaan A Laman sesawang: www.perak.gov.my 1Lihat Krisis Perlem Perak 2009. Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) (lihat peta) . Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang). Kini, Daerah Kampar telah diserap masuk ke dalam Daerah Kinta. Sejarah Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak Zaman Kesultanan Melayu Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra
sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki
negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000
tahun Sebelum Masihi. Legenda menceritakan tentang sebuah
kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah
didiami sejak zaman prasejarah. Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I,
keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah
keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka. Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib
yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan
kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera. Zaman Naungan Residensi British Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran,
terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang
pewarisan serta orang bangsawan yang amat
berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang
dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan
pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya
memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan
dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan
polis tentera India diasaskan.
Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu
tidak menerima sambutan yang popular dan
beliau terbunuh pada 1877. Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam
peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun
kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda
mangkat tidak sampai sebulan selepas
baginda menjadi raja. Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah
pemerintahannya. Keadaan kewangan
dikawal dan langkah-langkah pertama untuk
membentukkan negeri-negeri bersekutu
diambil. Perak menjadi salah satu daripada
negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897. Pendapatan negeri Perak merosot apabila
harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi
pandangan. Sultan Iskandar Shah berkhidmat
dengan polis NNMB dan memainkan peranan
yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdul Aziz,
bukan seorang raja yang senang digulingkan. Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963. 10 daerah-daerah terkandung dalam Negeri Perak ↑Undur Satu Bahagian Kerajaan Sultan Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri Perak. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu EXCO. EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar sendiri, memegang kuasa eksekutif dan merupakan
badan yang membuat dasar kerajaan negeri.
Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah
daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Krisis perlembagaan Perak Rencana utama: Krisis perlembagaan Perak 2009 Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada
kerajaan negeri berikutan beberapa ahli
Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat
yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya
membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan
memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Mohammad
Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan
tindakan tersebut dari segi perlembagaan
negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[2] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan
Negeri Perak V Sivakumar menggantung
Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr
Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli
Exconya daripada menghadiri persidangan
Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[3] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat
serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak
V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke
Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak
dapat memasuki Dewan Undangan Negeri
Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan
speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan
sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP
mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah
kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun
Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN
mengatakan ia persidangan haram kerana
tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam
Sidang Dun, 2 usul diluluskan. 1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.
Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah
mengeluarkan perintah melarang Speaker
Dewan Undang Negeri (DUN) Perak
V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang
sidang DUN yang tidak mengikut undang- undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini
berdasarkan fakta/peraturan bahawa
Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil
sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [4] ↑Undur Satu Bahagian Geografi Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Negeri
Perak atau Geografi Perak Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10
jajahan yang dipanggil sebagai daerah : Kinta ﺎﺘﻨﻴﻛ Ipoh ﻩﻮڨﻳﺍ Tanjung Rambutan ﻦﺗﻮﺒﻣﺭ ڠﻮﺠﻨﺗ Batu Gajah ﻮﺗﺎﺑ ﻪﺟﺎﯕ Bercham ﻢﭼﺮﺑ Chemor ﺭﻮﻤﭼ Jelapang ڠڨﻼﺟ Kelebang ڠﺒﻴﻠﻛ Lahat ﺖﻫﻻ Meru ﻭﺮﻴﻣ Menglemb ﻮﺒﻤﻠڠﻣ Tambun ﻥﻮﺒﻤﺗ Pusing ڠﻴﺳﻮڨ Hilir Perak ﻕﺮﻴڨ ﺮﻴﻠﻴﻫ Teluk Intan ﻙﻮﻠﺗ ﻦﺘﻧٳ Bagan Datoh ﻦﯕﺎﺑ ﻩﻮﺗﺍﺩ Hutan Melintang ڠﺘﻨﻴﻠﻣ ﻦﺗﻮﻫ Changkat Jong ﺖﻜڠﭼ ڠﻮﺟ Sungai Manik ﻱﺎڠﻮﺳ
ﻖﻴﻧﺎﻣ Langkap ڨﻜڠﻟ Rungkup ڨﻮﻜڠﻭﺭ Chikus ﺱﻮﻜﻳݘ Perak Tengah ﻕﺮﻴڨ ﻪڠﺗ Bota ﺎﺗﻮﺑ Parit ﺖﻳﺭﺎڨ Lambor ﺭﻮﺒﻤﻟ Tronoh ﻩﻮﻧﻭﺮﺗ Seri Iskandar ﻱﺮﺳ
ﺭﺪﻨﻜﺴﻳﺍ Kampung Gajah ڠﻮڨﻤﻛ ﻪﺟﺎڬ Layang- layang -ڠﻳﻻ ڠﻳﻻ Batang Padang ڠﺗﺎﺑ ڠﺩﺎڨ Tanjung Malim ڠﻮﺠﻨﺗ ﻢﻴﻟﺎﻣ Slim River ﺭۏﻳﺭ ﻢﻴﻠﺳ Ayer Kuning ﺮﻳٲ ڠﻴﻧﻮﻛ Tapah ﻪڨﺎﺗ Temoh ﻩﻮﻤﺗ Banir ﺮﻴﻧﺎﺑ Bikam ﻢﻜﻴﺑ Bidor ﺭﻭﺪﻴﺑ Trolak ﻖﻟﻭﺬﺗ Behrang ڠﺮﻬﻴﺑ Sungkai ﻱﺎﻜڠﻮﺳ Chenderia ڠﺎﻳﺭﺪﻨﭼ Kuala Kangsar ﻻﺍﻮﻛ ﺮﺴڠﻛ Sungai Siput ﻱﺎڠﻮﺳ
ﺕﻮڨﻴﺳ Manong ڠﻮﻧﺎﻣ Sayong ڠﻮﻳﺎﺳ Senggang ڠڬڠﻴﺳ Enggor ﺭﻮڬڠﺍ Karai ﻱﺍﺭﺎﻛ Lintang ڠﺘﻨﻴﻟ Padang Rengas ڠﺪڨ ﺲڠﺭ Pulau Kemiri ﻭﻻﻮڨ ﻱﺮﻴﻤﻛ Kota Lama Kiri ﻱﺮﻴﻛ ﻡﻻ ﺎﺗﻮﻛ Kota Lama
Kanan ﺎﺗﻮﻛ ﻦﻧﺎﻛ ﻡﻻ Larut, Matang dan
Selama ﺎﻣﺎﻜﺳ ﺕﻭﺭﻻ ,ڠﺗﺎﻣ & Kamuntin ڠﻴﺘﻧﻮﻣﺎﻛ Trong ڠﻭﺮﺗ Changkat Jering ڠﻳﺮﺟ ﺖﻜڠﭼ Bukit Gantang ڠﺘﻨﯕ ﺖﻴﻛﻮﺑ Batu Kurau ﻮﺗﺎﺑ ﻭﺍﺭﻮﻛ Kuala Sepetang ڠﺘڨﺳ ﻻﺍﻮﻛ Bandar Taiping ڠﻴڨﻳﺎﺗ Kerian ﻥﺎﻳﺮﻛ Parit Buntar ﺮﺘﻧﻮﺑ ﺖﻳﺭﺎڨ Bagan Tiang ﻦﯕﺎﺑ ڠﺎﻴﺗ Tanjung Piandang ڠﺪﻧﺎﻴڨ ڠﻮﺠﻨﺗ Kuala Kurau ﻻﺍﻮﻛ ﻭﺍﻮﻛ Bagan Serai ﻦﯕﺎﺑ ﻱﺍﺮﺳ Beriah ﻩﺎﻳﺮﺑ Gunung Semanggol ڠﻮﻧﻮﯕ
ﻝﻮﯖڠﻤﺳ Bukit Merah ﺖﻴﻛﻮﺑ ﻩﺍﺮﻴﻣ Selinsing ڠﻴﺴﻨﻴﻠﺳ Manjung ڠﻮﺠﻨﻣ Sitiawan ﻥﺍﻭٲﻴﺘﻴﺳ Lumut ﺕﻮﻣﻮﻟ Lekir ﺮﻴﻜﻟ Beruas ﺱﺍﻭﺮﺑ Damar Laut ﺮﻣﺍﺩ ﺕﻭﻻ Ayer Tawar ﺮﻳﺍ ﺭﻭﺎﺗ Pantai Remis ﻱﺎﺘﻨڨ ﺲﻴﻣﺭ Pulau Pangkor ﺭﻮﻛݝڨ ﻭﻻﻮڨ Hulu Perak ﻕﺮﻴڨ ﻮﻟﻮﻫ Grik ﻖﻳﺮڬ Lawin ﻦﻳﻭﻻ Lenggong ڠﻮڬڠﻴﻟ Belum ﻡﻮﻠﺑ Pengkalan Hulu ﻦﻟﺎﻜڠڨ ﻮﻟﻮﻫ ↑Undur Satu Bahagian Ekonomi dan kebudayaan Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri
Perak Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Negeri
Perak Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau
bagaimanapun, teater tradisional ini telah
lama lenyap dari bumi Perak. Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan
timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-
dua industri tersebut. Tindakan telah diambil
baru-baru ini untuk mengubah ekonomi
negeri Perak kepada sebuah ekonomi
berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Sungai Perak

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Sungai Perak mempunyai banyak sungai
cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu
pengeluaran bijih timah menurun secara
mendadak kerana negara-negara lain turut
mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan
harga bijih timah merudum di pasaran dunia. Sungai Perak adalah antara sungai yang
terpanjang di antara negeri-negeri yang
sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang
penting dalam sedi sejarah negeri Perak.
Adalah dipercayai bahawa nama Perak
didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah
sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta
penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus
tahun yang lalu. Sultan Perak yang pertama pernah juga
mendatang ke mari dari Indonesia melalui
Beting Beras Basah, sebuah pekan di hilir
Sungai Perak ini. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:

Gunung Kenderong

Gunung Kenderong yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki). Gunung Kenderong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas , dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Jumaat, 15 Mac 2013

Lirik lagu Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri Bukit Larut
Waktu malam… berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Sungainya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Ikan Loma

Ikan Loma atau ikan Lomah merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Thynnichthys
thynnoides. Ikan Loma selalunya bergerak dalam
kumpulan yang besar dan terdapat tasik-tasik
dan lombong. Diet utamanya adalah plakton
dan tumbuh-tumbuhan air. Bentuk ikan ini seperti ikan Tongsan atau ikan
Temelian malah dipanggil ikan Tongsan Loma.
Saiznya boleh menjadi panjang , sehingga 0.6
meter. Di Malaysia, ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak. Rasanyanya tidaklah begitu sedap , banyak tulang halus dan bersisik kecil
kemerahan. Oleh itu harganya agak murah.

Wan Mohamed bin Wan Teh

Wan Mohamed bin Wan Teh Wan Mohamed bin Wan Teh , bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Haji Wan Mohamed bin Wan Teh pernah menjadi Menteri Besar Perak ke-6 dari 1 Oktober 1977 hingga 1 Mac 1983 . Beliau
menerima pingat SPCM., PJK., JP. Dari 12 Julai
179 - 1 Mac 1983 beliau menjadi Pengerusi
Yayasan Perak. Keluarga Wan Mohamed bin Wan Teh dilahirkan pada
tahun 1929 di Kampung Ulu Kenderong, Grik, Perak. Ibunya bernama Hajah Kalsom manakala bapanya Haji Wan Teh merupakan
seorang penghulu yang terkenal di Kampung Kerunai, 12 km di ulu Grik. Penghulu Haji Wan
Teh mempunyai dua orang isteri. Adiknya Prof Dr Wan Hashim Wan Teh lulusan Universiti Monash dan Universiti Mancester
merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi , pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan menjadi ahli parlimen Grik (2004-2008). Wan
Zahidi Wan Teh lulusan Universiti Al Azhar , Cairo , Rektor UKM dan Mufti Wilayah Persekutuan. Wan Hassan Wan Teh lulusan Universiti Malaya dan menjadi Timbalan Ketua Pengarah Imigresen. Manakala Wan Abd
Hamid Wan Teh menjadi Ketua Bahagian
Agama, Falsafah dan Tamadun Islam, DBP. Wan Mohamad mendapat pendidikan formal
di Sekolah Melayu, Grik. Beliau telah berjaya
meningkat setapak demi setapak dalam
pelajaran di Sekolah Melayu hingga darjah
enam. Beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar . Kerjaya beliau bermula sebagai kerani di
Jabatan Keretapi, Keretapi Tanah Melayu , Ipoh dan pada masa tersebut beliau berumur 20 tahun. Setelah lebih tiga tahun berkhidmat
di Jabatan Keretapi, satu tawaran yang lebih
baik diterimanya iaitu Pegawai Luar di Jabatan
Penerangan di Kuala Lumpur dan kemudian pindah ke Ipoh. ↑Undur Satu Bahagian Politik Sewaktu usianya 17 tahun, beliau telah
menyertai perhimpunan orang-orang Melayu
menentang Malayan Union di Kuala Kangsar. Beliau mula menyertai UMNO pada 1951 dan mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO
Cawangan Kuala Kangsar. Ketokohan beliau terserlah apabila beliau
terpilih untuk menjadi calon UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 bagi kawasan DUN Grik. Ketokohannya terbukti
apabila beliau memenangi kerusi kawasan
tersebut dan terpilih menjadi Ahli Dewangan
Undangan Negeri (ADUN) kawasan Grik.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974 beliau telah memenangi kerusi tanpa bertanding
kerana tiada siapa yang sanggup bertanding
untuk menentangnya. Akhirnya beliau telah
dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Perak. Tanggal 1 Oktober 1977 beliau dilantik mejadi Menteri Besar Perak ke-6 secara rasmi. Beliau adalah calon pilihan atau calon yang
dicadangkan oleh Ghazali Jawi. Oleh itu,
banyak keputusan awal sebagai Menteri Besar, dipengaruhi oleh Ghazali Jawi. [1] ↑Undur Satu Bahagian Menteri Besar Perak Setelah Ghazali Jawi 'disingkirkan' oleh Sultan Perak, pucuk pimpinan parti UMNO, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak
untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali
gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan
Sultan Idris Shah telah reda. Ghazali Jawi
terpaksa meninggalkan jawatannya kerana
diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris enggan hadir dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar [2]. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan
jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau
lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu
ke Republik Arab Bersatu, Mesir. Perlantikan
Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 telah membawa perubahan kepada kekuasaan Sultan menerusi perubahan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993. Tugas pertama Wan Mohamed mulai 1983
ialah memulihkan semula hubungan antara
UMNO dengan institusi Istana Perak, kerana
kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak
dapat diselesaikan kerana ada beberapa
perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri.[3] Pada mulanya, Sultan Idris melihat beliau
sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh
dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada
tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah
berlaku pula krisis antara Sultan dengannya.
Beliau tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu. Antaranya, Menteri Besar telah
mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah
melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh dari
pondok Padang Rengas menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Negeri Perak. Amalan tidak saksama dalam pembahagian
kawasan tanah komersial kepada syarikat-
syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu.[perlu rujukan] Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan
secara tidak saksama, ada syarikat yang
mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan
banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.[perlu rujukan] Beberapa orang dari Orang-Orang Besar
Negeri Perak mempengaruhi Sultan Idris Shah,
iaitu semenjak Menteri Besar Pertama selepas
negara mencapai kemerdekaan, semua
Menteri Besar dari keturunan orang Melayu Pattani. Ghazali Jawi, Ahmad bin Said, Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah keturunan orang Pattani.[4] Sultan Perak telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Musa Hitam. Tidak lama kemudian Wan Mohamed terpaksa
meninggalkan kerusi Menteri Besar Perak. Pada 20 Oktober 1982, Wan Mohamed uzur, Ramli Ngah Talib dilantik menjadi Pemangku Menteri Besar. Pada 1 Mac 1983 beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke-7 . [5] Wan Mohamed pernah jatuh pengsan ketika
memberikan ucapan dalam satu persidangan
di Ipoh. Antara anak didik beliau ialah Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang kini menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Perak
kawasan Kubu Gajah. Raja Ahmad Zainuddin
merupakan penulis dan menjadi Setiausaha
Akhbar Menteri Besar. Ketika itu Tan Sri Ramli
Ngah Talib dilantik sebagai Setiausaha Politik. ↑Undur Satu Bahagian Meninggal dunia Wan Mohamed meninggal dunia pada 25
Ogos 1993 ketika berusia 64 tahun kerana
kanser paru-paru di rumahnya di Grik , Perak.

Sejarah Sekolah Rendah Keb Kerunai

Sejarah Sekolah Rendah Kebangsaan Kerunai telah ditubuhkan
seawal tahun 1912 oleh Tuan H. Berkeley,
Pegawai Daerah Hulu Perak pada masa itu.
pada mulanya ia dinamakan Sekolah Melayu Kerunai
yang merupakan sekolah rendah bantuan
penuh kerajaan gred "A". kini bilangan murid sekolah ini hampir mencecah
600 orang termasuk 2 buah kelas Pra Sekolah
dengn 41 orang tenaga pengajar yang
berkaliber. Terdapat 8 blok bangunan yang
boleh memuatkan 18 Bilik Darjah, Makmal
Sains, Makmal Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Pejabat Kantin, Bilik Guru, Pusat
Sumber dan lain-lain lagi.

Jarak Kilometer(KM) Kg Kerunai ke Lokasi-Lokasi bandar-bandar utama Malaysia

Distance (Km) Kampung Kerunai - Kuala Lumpur 271 km Kampung Kerunai - Klang 280 km Kampung Kerunai - Johor Bahru 538 km Kampung Kerunai - Ipoh 106 km Kampung Kerunai - Kuching 1 113 km Kampung Kerunai - Petaling Jaya 278 km Kampung Kerunai - Shah Alam 276 km Kampung Kerunai - Kota Kinabalu 1 653 km Kampung Kerunai - Sandakan 1 880 km Kampung Kerunai - Seremban 326 km Kampung Kerunai - Kuantan 311 km Kampung Kerunai - Tawau 1 864 km Kampung Kerunai - Kuala Terengganu 223 km Kampung Kerunai - Kota Bahru 140 km Kampung Kerunai - Kota Baharu 140 km Kampung Kerunai - Sungai Petani 71 km Kampung Kerunai - Sungai Patani 71 km Kampung Kerunai - Miri 1 430 km Kampung Kerunai - Taiping 88 km Kampung Kerunai - Perlis 144 km Kampung Kerunai - Alor Setar 107 km Kampung Kerunai - Bukit Mertajam 76 km Kampung Kerunai - Sibu 1 239 km Kampung Kerunai - Fort Brooke 1 239 km Kampung Kerunai - Melaka 391 km

Bijih Timah

Kasiterit Kasiterit Kasiterit adalah satu galian timah oksida , SnO2. Secara umumnya ia adalah legap, tetapi ia adalah lutcahaya dalam kristal-kristal nipis.
Kekilauannya dan antara muka kristal yang
banyak menghasilkan permata yang menarik.
Kasiterite adalah bijih timah yang utama pada
masa kini.

Patani

Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ﻲﻧﺎﺘﺘﭬ) merupakan salah satu daripada wilayah-
wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala
selatan tenggara ikut jam) adalah Narathiwat, Yala dan Songkhla. Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau
Patani Raya. Geografi Pattani terletak di Semenanjung Malaysia dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa
gunung-ganang dan tempat tarikan
pelancong seperti taman negara Budo-Sungai
Padi yang yang berada di persempadan
wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat
beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan
Takathong. Di kawasan persempadan dengan
Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah
taman rimba yang terkenal dengan gunung
terjunnya, Namtok Sai Khao.

Raja Reman

Sejarah Reman Sejarah Kesultanan Reman bermula pada
tahun 1810 apabila Tuan Tok Nik Tok Leh,
kerabat diraja Patani melakukan pemberontakan bagi memperoleh
kemerdekaan wilayah Reman dari Patani.
Reman dari sejarahnya adalah sebahagian
dari negeri Patani (sekarang dalam Thailand).
Perang antara Reman dan Patani telah
melemahkan kedua-dua belah pihak. Kerajaan Siam melihat konflik ini memberi
peluang kepadanya untuk meluaskan kuasa
ke selatan, dan selepas itu Patani dan Reman
jatuh di bawah kekuasaan Siam. Pepatah dasar pecah dan perintah (divide et
impera atau divide ut regnes) yang diamalkan
pada zaman Rom dan pada zaman penjajahan
British di Tanah Melayu, juga diamalkan oleh Siam selepas beberapa pemberontakan oleh
orang Melayu di Patani. Geografi Reman terletak didalam wilayah Yala (Jalor).
Negeri Reman terbentang luas dari kawasan
hulu sungai Patani dan Sungai Tanjung Mas
hingga ke Lenggong, Perak menjadikannya antara negeri terbesar dalam Negara Patani

HUTAN BELUM terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!! Rafflesia Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar.

Hutan Belum

Hutan Belum

Sejarah Gerik

Hulu Perak Daerah Perak Darul Ridzuan Hulu Perak Pejabat daerah Gerik Pegawai daerah n/a Kawasan Ia merupakan daerah yang terletak di timur
laut negeri Perak. Disebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri Kelantan, manakala diutaranya pula ialah daerah Baling, Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar. Bersempadan dengan negera Thailand disebelah timur laut, daerah ini juga
merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah Larut, Matang dan Selama. Sejarah Sejarah Pembukaan Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah
telah berpindah dan menubuhkan
kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa
berundur ke Kampar dan menubuhkan
kerajaannya di sana. Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke
Hulu Patani dan tinggal di satu tempat
bernama Beredung Budi; kemudian
berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama
Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum. Tun Saban Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada
suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi
ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah,
memohon seorang putera baginda untuk
dirajakan di Perak. Baginda lalu
mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran
negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah
ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama
dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar
Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah. Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada
catatan mengenai tarikh sebenar) tetapi
mayatnya dikebumikan di Changkat Merah
dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal
dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa
orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak. Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran.
Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban
Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu.
Namun kesahihan ada sebetulnya kerana
Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di
Kuala Kangsar. Penamaan Asal Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang
sekarang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah
pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan
di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan
kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua
bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad). Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh
berhampiran dengan Kuala Kenderong.
Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh
dari situ ada kampung orang terletak di
tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang
ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda
memerintahkan supaya dipagar keliling perdu
buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-
orangnya menggali untuk mencari punca
bunyi yang ganjil itu. Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh
itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor
dekan (Dekan, nama sejenis binatang
rupanya seakan-akan tikus) sedang
menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh
sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan
bunyi berkerit-kerit. Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah
dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang
yang kemudian telah mengubah sebutan dan
ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’,
kemudian menjadi `Gerik’ seperti yang digunakan sekarang. Kelian Intan Pada masa dahulu seorang pembesar Negeri Reman bernama Wan Itam telah membuka kelian (lombong bijih timah) berhampiran dengan Gunung Paku. Semenjak itulah tempat
tersebut dipanggil orang `Kelian Wan Itam’.
Lama-kelamaan perkataan `Kelian Wan Itam’
itu telah berubah sebutannya menjadi ` Kelian
Intan’. ↑Undur Satu Bahagian Peperangan & Penjajahan Peperangan Perak-Reman Hulu Perak pada asalnya adalah sebahagian
daripada negeri Reman. Negeri Reman pula adalah sebahagian daripada wilayah negeri
Pattani besar. Orang-orang Melayu Patani ialah orang pertama yang mendiami dan membuka
hutan di Hulu Sungai Perak. Oleh itu Raja
negeri Reman menganggap kawasan Hulu
Sungai Perak adalah jajahan takluknya. Raja
Reman telah pergi ke Kelian Intan dan
mengusahakan lombong bijih timah di sana. Dalam tahun 1826, Sultan Perak telah membuat satu Perjanjian Persahabatan
dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang. Tidak beberapa lama selepas itu, Sultan Perak telah menghantar satu pasukan tentera yang
kuat diketuai oleh Dato Seri Lela untuk
menyerang orang-orang Melayu Reman. Oleh
kerana serangan tentera Perak itu secara
mengejut maka orang-orang Reman dapat
dikalahkan. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, Raja Reman telah dapat
menawan semula Kelian Intan dan Kroh. Suruhanjaya Campbell Daerah Hulu Perak itu sangat luas, iaitu
bermula dari Selatan Negeri Patani sampai ke
Kuala Temong. Menjelang kurun kesembilan
belas, sebahagian besar daripada Daerah Hulu
Perak telah termasuk di bawah pemerintahan
Negeri Reman. Dalam tahun 1899, satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Tuan Campbell telah dibentuk
untuk menyiasat dan menyelesaikan
pertikaian sempadan di antara Perak dan Reman. Hasilnya, sempadan kedua-dua negeri itu yang telah ditetapkan di Bukit Nasah dalam
tahun 1882 dahulu, telah dipersetujui diganjak sedikit sampai ke Mukim Gerik dan Temenggor. Dari semenjak itu, pertikaian di
perbatasan Perak - Reman itu pun reda sedikit terutama setelah Kerajaan Siam
menghapuskan sistem pemerintahan beraja di
Reman dalam tahun 1902. Perjanjian Inggeris-Siam Pada 9 Julai 1909 Kerajaan Siam telah membuat suatu perjanjian dengan Kerajaan
Inggeris untuk menyerahkan Negeri-negeri
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk
bernaung di bawah pemerintahan Inggeris.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani di
Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar
Negeri Siam. Di antara lain-lain syarat dalam
perjanjian itu Kerajaan Siam hendaklah juga
menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang
telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada
Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909. Pegawai-pegawai yang mewakili Kerajaan
Perak bagi menerima penyerahan itu adalah
seperti berikut:- Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja. E.W. Birch, Residen British Perak. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan.
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan
Husain, pembesar Siam di Betong. Perjanjian Perak-Kedah Pada 4 Mac 1912 satu perjanjian telah dibuat di antara Kerajaan Perak dengan Kerajaan
Kedah. Menurut perjanjian itu, Kerajaan Kedah
bersetuju menyerahkan kawasan Belukar
Semang dan Tasik kepada Perak. Sebagai
balasannya, Kerajaan Perak pula bersetuju
membiayai pembinaan jalan raya dari Baling ke Kuala Ketil sejauh 24 batu. Kawasan yang diserahkan oleh Siam
bersama-sama dengan kawasan Belukar
Semang dan Tasik oleh Kedah itu dinamakan
`Jajahan Baharu’ (The New Territory) dan
telah disatukan dengan kawasan lain di
Daerah Hulu Perak Pentadbir Eropah yang pertama Pegawai pentadbir bangsa Eropah yang
pertama berkhidmat di Hulu Perak ialah Cerlo
Ferdinando Bozzolo, berbangsa Itali. Sebelum bertugas di Hulu Perak, beliau pernah
membuka lombong bijih timah di Negeri
Patani, tetapi perusahaannya itu tidak maju
lalu beliau berhijrah ke Perak. Dalam tahun 1880, jawatan yang mula-mula
disandangnya ialah Merinyu Jalan Raya. Pada 1 Januari 1881 beliau dilantik menjadi Penguasa Ladang Kerajaan. Oleh kerana
beliau pandai bertutur bahasa Siam dan Patani, maka beliau telah dua kali diutuskan
ke Negeri Reman bagi merundingkan
pertikaian sempadan di antara Perak dengan
Reman. Pada 1hb Januari 1888 Bozzolo telah
dilantik menjadi Pemungut cukai dan Hakim
Daerah Hulu Perak. ↑Undur Satu Bahagian Pusat pentadbiran Pada mulanya, Daerah Hulu Perak itu
ditadbirkan dari Kuala Kangsar. Pegawai-
Pegawai kerajaan hanya datang sesekali ke Kota Tampan dan Lenggong. Keadaan tersebut berlarutan hingga ke tahun 1886
apabila kerajaan membuka Teluk Janing
(sekarang kawasan tersebut di panggil Kuala
Kenering) sebagai pusat pentadbiran yang
baru. Tempat tersebut terletak di tepi Sungai
Perak, lebih kurang 50 batu ke utara Kuala Kangsar. Di Telok Janinglah terletak pejabat-pejabat
kerajaan dan lain-lain bangunan yang
penting seperti balai polis, pejabat pos,
pejabat hutan dan sebagainya. Setelah Gerik termasuk ke dalam wilayah Hulu Perak
(selepas syor dan perakuan Suruhanjaya
Campbell 1899) ramai orang-orang Melayu telah berpindah dan menetap di Gerik. Pada awal tahun 1901, Ibu Pejabat Daerah
Hulu Perak telah dipindahkan daripada Telok
Janing ke Gerik. Pekan Gerik yang asal itu adalah kecil sahaja; rumah-rumah kedai
dibuat daripada papan dan beratapkan daun
bertam. Kedudukan pekan itu ialah di tempat
yang dinamakan Jalan Wan Mat Salleh
sekarang. Dengan terbukanya perusahaan
melombong bijih timah di Temenggor, Pekan Gerik telah bertambah maju dan penduduk bertambah ramai.

IKAN LOMA- Musim ikan loma ibarat pesta ikan di sungau Rui,bulan 8 hingga bulan 10 . Ikan Loma beral dari Sungai Perak yang akan mudik naik mengikut arus sunga Rui untuk membuang telur,ikan loma amat sedap isinya manis sesuai dibuat pekasam atau digoreng dan dibakar.

IKAN LOMA- Musim ikan loma ibarat pesta ikan di sungau Rui,bulan 8 hingga bulan 10 . Ikan Loma beral dari Sungai Perak yang akan mudik naik mengikut arus sunga Rui untuk membuang telur,ikan loma amat sedap isinya manis sesuai dibuat pekasam atau digoreng dan dibakar.

MUKIM KERUNAI- teluk janih,bukit bendera,kg dusun,padang langgar,padang jong,rancangan plang,pahit dalam,tun saban

MUKIM KERUNAI- teluk janih,bukit bendera,kg dusun,padang langgar,padang jong,rancangan plang,pahit dalam,tun saban

MUKIM KERUNAI- Kg Pahat,Kg Tanjung kekabu,Kg Kerunai,Kg Padang Stang,Kg Jong,Kg Plang,Kg Air Musang,Kg Lalang,Kg Alai,Kg Pahit

Di bawah kmk- kmk@gerik.com politik GERIKini.com

Penasihat kmk tuan hj baharul wafi hj ismail bendahari umno bahagian gerik

penaja kmk wan azizi dato seri wan muhamad ketua penerangan umno bahagian gerik

kmk blog in progress

Khamis, 14 Mac 2013

khabar mukim kerunai

khabar mukim kerunai atau lebih dikenali dengan panggilan KMK adalah facebook yang menyalurkan berita serta informasi kepada anak-anak mukim kerunai melalui dunia maya atau cyaber.Kami bermula dengan krunaikini.com seterusnya khabar kerunai dan kini khabar mukim kerunai,ejen-ejen kami berada si setiap pelusuk kampung dalam daerah mukim kerunai bagi mendapatkan berita,informasi serta gambar-gambar yang menarik serta peristiwa untuk dikongsikan bersama di dunia maya.

www.facebook.com/kerunai