Ahad, 31 Mac 2013

berbohong

Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik.
Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap manusia pasti
pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Dan
ada juga manusia yang seringkali berbohong.
Golongan ini dikenali sebagai Si Pembohong! Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan
pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang
boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu
menutup kebenaran dari anda. 1. Tidak mampu bertentang mata Hal yang paling biasa apabila seseorang
berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.
Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang
berbohong tidak mampu bertentang atau menatap
mata dengan anda. Si dia juga semakin sering
mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi
dalam keadaan malu, tegang dan berbohong,
kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si
dia lebih banyak mengerdipkan mata. 2. Perubahan suara Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada
bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah
dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga
suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang
lama. 3. Menggaru-garukan bahagian tertentu Cara paling mudah mengesan pembohongan
adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan
pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.
Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu
menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak
kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya. 4. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil
pada hidungnya akan dipenuhi darah
menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si
dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh
hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. 5. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut
mungkin berdusta. 6. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin
tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang
mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa
petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara
lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya,
kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami
anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka
anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya
itu. 7. Gerakan Kaki Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka
mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong
sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka. 8. Guna kata-kata sukar Kajian menunjukkan orang yang berbohong
menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-
kata mereka. Para pembohong biasanya
menggunakan kata-kata yang sukar difahami.
Mereka jarang menggunakan kata ganti orang
pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh
penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain
mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku),
mereka juga menggunakan kata-kata yang
memberi kesan negatif. 9. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang
yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja
menjadi resah dan tidak senang duduk apabila
berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 10. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas
mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan
satu tindak balas automatik yang lahir dari segi
psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk
tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan
kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 11. Muka kelihatan bingung. Si pembohong akan memikirkan tentang
kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan
mengganggu perhatiannya dalam percakapan
tersebut. 12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan Seseorang yang senang berbohong, kerap kali
sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam
fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang
akan dibohongi agar semuanya berjalan
sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda
melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya
akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan
seperti ini. 13. Cerita Panjang Lebar Orang yang selalu berbohong biasanya cukup
pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala
langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin
bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang
yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada
dasarnya mudah sekali untuk disampaikan. 14. Enggan Duduk Berdekatan Keengganan seseorang duduk berdekatan
dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya
sedang berbohong. Akibat rasa bersalah,
pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan
orang dibohongi. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu
sentiasa memerhatikan air muka dan gerak
badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh
menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau
tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut
berbohong. Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya
100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-
dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang
terbaik sama ada mahu percaya atau tidak. Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel
suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan
jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa
yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh
jadi palsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan